Nak buat pinjaman perniagaan CIMB?
Assalamualaikum
Saya baru je telefon rakan lama saya.
Memang lama tak jumpa.
Saya baru ja tau anak dia dah umur 6 bulan (Bila wife dia lahir? Saya tak tau pon)
Ikh!ikh!
Borak punya borak, dia dah tukar kerja kat bank pula sekarang.
Part paling bes… dia kerja bahagian pinjaman.
Jadi, boleh la dia uruskan apa yang patut untuk dapatkan pinjaman perniagaan.
Untuk sesiapa yang berminat untuk dapatkan pinjaman perniagaan, boleh la tulis kat bahagian komen.
Tapi ni untuk pinjaman perniagaan yang dah pon beroperasi, untuk mereka yang belum jalankan perniagaan susah sikit.
Pinjaman lain seperti loan rumah, kereta, pinjaman peribadi pon boleh diuruskan KECUALI pinjaman pertanian.
Semuanya diuruskan secara online (email) atau fax, kecuali masa tanda tangan kena datang Penang untuk pengesahan dan anda tak perlu was-was samada pinjaman ni scam atau tidak.
UPDATE: Sila klik link di bawah untuk update yang terbaru tentang pinjaman CIMB ini:
Pinjaman Perniagaan, Perumahan, Refinance dan Pinjaman Peribadi CIMB
Mengenai PenulisMohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Comments
4 Responses to “Nak buat pinjaman perniagaan CIMB?”
Leave a Reply











assalamualaikum saudara ashraf,saya amat berminat dgn ruangan saudara,begini saya ada tanah seluas 8 ekar tanah kepunyaan bapa mertua dan ingin memulakan usaha diatas tanah tersebut apakah tanaman yg sesuai dan di manakah saya ingin dapatkan pinjaman(lokasi di segamat)..
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Bergantung pada minat anda, kesesuaian tanah dan pasaran, anda yang perlu tentukan tanaman apa yang anda minat. Cuba jumpa dengan PPK, Jabatan Pertanian atau FAMA untuk tentukan tanaman apa yang sesuai dengan tanah dan kawasan anda.
salam,
lama tak jumpa sorry sgt2 arituh p UK baru balik skang busy ngan biz n hal2 peribadi. Koperasi apa cerita? senyap skang nih. sorry again buat masa nih tak leh nk bg komitmen byk urusan perlu dibereskan.
nak tanyer pasal loan CIMB bole uruskan ke?nk suntik modal sikit kat biz nih. leh dapat cepat ke?
Mohd Ashraf: Salam Syahrul. Selamat pulang ke tanah air
Patut kol tak dapat. Duk UK rupanya.
Urusan Koperasi Belia Tani Malaysia akan disambung bulan 8. Saya sibuk sikit nak habiskan thesis. Doakan saya siap thesis hujung tahun ni. Tak pa, biasa la tu, utamakan yang perlu dulu, koperasi ni kita akan realisasikan juga walaupon bergerak agak perlahan. Selalunya bila dah bergerak dan dapat rentak, tak susah dah.
Saya akan telefon anda berkaitan dengan pinjaman perniagaan CIMB.
Assalamualaikum,
Saudara Ashraf,saya sekarang mengusahakan perniagaan pakaian terpakai dan alhamdulillah pulangannya juga amat memuaskan..
Saya amat memerlukan tambahan modal utk memperluaskan lagi perniagaan saya yang tak seberapa ini…
Nak tahu macamana nak dapatkan pinjaman perniagaan dari CIMB seperti yang saudara citerkan.
Terimakasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Anda perlu isi borang di pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman CIMB.
http://mohdashraf.com/v1/pinjaman/pinjaman-cimb/
Salam..
Saya nk tanya mcm mana nk dptkan maklumat utk pembiayaan/pinjaman perniagaan utk sektor perikanan?
FYI, saya nk buat pinjaman utk ayah saya yg skrg ni berminat nk jalankan perikanan laut dalam..dgn harga bot RM60,000.
Thanks.
Mohd Ashraf: Salam. Saudari boleh terus ke Agro Bank.