Pembeli Online 6 Juta
Populasi penduduk Malaysia, 26.6 juta…
Jumlah pembeli online di Malaysia, 6 juta (tahun 2006) 4.7 juta (tahun 2005)
Maka, 22.6% daripada populasi rakyat Malaysia telah membeli barangan secara online. Satu angka yang boleh dikatakan tinggi. Tahniah kepada rakyat Malaysia. Nilai yang dibelanjakan oleh rakyat Malaysia adalah sebanyak RM9.8bil pada tahun lepas meningkat sebanyak 43% daripada RM6.6bil pada tahun 2005.
Statistik yang telah diperolehi oleh IDC dalam kajian mereka yang bertajuk Malaysia Internet and e-commerce 2006–2010 Forecast: Tracking the Development.
(IDC:Sebuah badan yang membuat kajiandi seluruh dunia tentang market intelligence, advisory services, and events for the information technology, telecommunications, and consumer technology markets http://www.idc.com)

Daripada statistik tersebut, boleh dikatakan rakyat Malaysia telah menukar cara pembelian mereka daripada cara konvensional kepada Internet. Disebabkan harga yang murah yang ditawarkan oleh penjual (penjual tidak perlu lesen perniagaan, kedai, upah pekerja) barangan yang ditawarkan menjadi lebih murah.
Kelesaan pembeli juga menjadi faktor untuk pembeli membeli melalui internet. Pembeli tidak perlu bersusah payah membayar parking kereta, tol, minyak dan sebagainya.
Selain daripada itu, sistem internet banking yang ditawarkan di Malaysia serta kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada sistem internet banking juga menjadi faktor kepada kenaikan peratusan pembeli. Tidak juga disangkal, sistem pos yang begitu cepat serta mempunyai sistem tracking memberi sepenuh kepercayaan daripada pembeli terhadap pembelian yang mereka lakukan.
Apa rasionalnya semua angka-angka yang saya sebutkan? Kepada semua internet marketer, tingkatkan promosi, war-warkan kepada pengguna online tentang barangan anda, tingkatkan kepercayaan pengguna terhadap sistem pembelian yang anda tawarkan. Sertakan maklumat yang lengkap kepada pembeli, nombor telefon dan alamat yang boleh dihubungi.
Kepada pembeli, anda perlu lebih berhati-hati, mungkin selepas ini, akan ada orang yang akan mengambil kesempatan dengan keghairahan pembeli membeli secara online.
Mengenai PenulisMohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Comments
Leave a Reply










