Pada 22 May 2009, saya telah dijemput oleh pihak Astro Awani untuk menjadi panel dalam sesi webcam dalam rancangan U-Wartawan bersama Nazri Kahar.

Sesi berlangsung selama setengah jam. Ini adalah kali pertama saya ke udara di kaca TV. Rasa gugup walaupon hanya sesi webcam.

Topik yang dibincangkan adalah Pertanian Adalah Perniagaan. Selain saya, en Mohd Aqram daripada Syarikat Kebunku Sdn Bhd juga dijemput sebagai panel dalam sesi telefon. Beliau mengusahakan tanaman cendawan.

Untuk makluman pembaca, U-wartawan mengutarakan pandangan generasi muda terhadap pelbagai isu semasa yang mendapat perhatian dalam dan luar negara ke arah revolusi minda kelas pertama.

Untuk menonton ulangan setiap episod yang telah dibincangkan dalam rancangan U-Wartawan, anda boleh ke blog mereka di

http://u-wartawan.blogspot.com/

atau untuk menonton temubual saya bersama en Nazri Kahar, boleh layari link di bawah:

http://u-wartawan.blogspot.com/2009/05/pertanian-adalah-perniagaan.html


ABI AGRO @ Astro Awani part 1


ABI AGRO @ Astro Awani part 2


ABI AGRO @ Astro Awani part 3

Terima kasih diucapkan kepada setiap krew rancangan U-Wartawan dan tuan Nazri Kahar kerana sudi menjemput saya dalam rancangan U-Wartawan.

Related Posts with Thumbnails