Akhirnya tamat sudah setelah 4 hari di hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Perlis 2009.
Agak meletihkan kerana cuaca terlalu panas

Saya hampir demam kerana kurang tidur dan tak cukup air.
Ibu jari kaki kiri saya kebas.
Menurut seorang pengamal perubatan tradisional, darah dalam badan saya terlalu pekat kerana kekurangan air dan juga kurang tidur. Cuaca panas juga jadi faktor.
Jantung susah untuk pam darah ke ibu jari kaki, sebab tu saya rasa kebas.

Sekarang ni setelah banyak minum air, jari kaki kiri saya kurang rasa kebas, sebab saya dah banyak minum air.
Cuma tidur saja tak boleh cukup. Macam-macam kerja perlu saya buat. Follow up client dari Hari Peladang, sambung projek yang ditinggalkan seminggu sebab sibuk uruskan bahan2 dan jaga booth pada Hari Peladang dan sambung perjalanan perniagaan ABI AGRO.

Berikut adalah gambar kenangan bersama booth hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Perlis 2009.

Untuk makluman, booth saya ditaja oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis kerana saya adalah salah seorang usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri perlis. Terima kasih saya ucapkan kepada pegawai-pegawai yang bersusah payah membantu dalam perjalanan hari Peladang kali ni.

InsyaAllah saya akan dapatkan booth yang lebih besar pada tahun hadapan kerana banyak bahan pameran yang saya ingin pamerkan terutama teknologi-teknologi moden dalam pertanian.

Related Posts with Thumbnails