Pada 25 Jun 2009 hingga 28 Jun 2009 akan diadakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2009 peringkat Negeri Perlis.

Saya juga terlibat dalam hari peladang dibawah Usahawan Bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Sekarang ni agak sibuk untuk membuat persiapan pameran.

Pada kali ini, ABI AGRO akan membuat jualan alatan fertigasi, set hidroponik dan juga kursus fertigasi. Memandangkan ABI AGRO terlibat dalam dunia internet, maka tak ramai penduduk Perlis yang sedar kewujudan ABI AGRO.

Jadi untuk sesiapa yang ada kelapangan, boleh lah datang ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2009 bertempat di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad berhadapan dengan Bangunan SUK. InsyaAllah saya akan berada di sana hampir sepanjang masa selama 4 hari.

Related Posts with Thumbnails