Mohd Ashraf dot Com : Blog Siswazah Tani Moden

Blog tentang pertanian moden terutama tanaman sayuran, cili, rock melon, tomato fertigasi dan tisu kultur. Juga mengandungi tips rancangan perniagaan serta teknologi pertanian, penternakan, perikanan dan industri asas tani.

Oct
14

Selamat Hari Raya 2008

Posted under semasa by Mohd Ashraf selamat-hari-raya-2008

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya ke 14, Maaf Zahir dan Batin, kot-kot ada tersilap dan terkasar bahasa.

Lama betul saya tidak menulis blog. Banyak betul kerja yang saya perlu lakukan.

Sekarang saya sedang sediakan tapak fertigasi cili di Tapak Fertigasi Bukit Temiang. Kali ni saya dapat mengusahakan sebuah lagi tapak beserta rumah lindungan hujan. Terima kasih buat Jabatan Pertanian Perlis kerana memberi peluang kepada saya untuk mengusahakan sebuah lagi tapak. Jutaan terima kasih juga buat En Jesri, pegawai yang terlibat menjaga kawasan saya. Tak sempat saya beraya di rumah dia. InsyaAllah kalau sempat, saya pergi. Ada 15 hari lagi :D

Anak saya pula dah pandai senyum. Alhamdulillah, dia bukan jenis suka menangis. Hanya menangis minta susu atau boring baring lama-lama. Minta diangkat.

InsyaAllah minggu ni atau minggu depan Pejabat Urusan Abi Agro akan siap.

Lepas ni saya akan tulis banyak tentang cili fertigasi. Jadi jangan ketinggalan untuk datang balik blog ni ye… Adios

p/s: Ada yang menyebut fetigrasi atau fertigrasi tapi sebenarnya fertigasi. Asal daripada perkataan fertigation dan irrigation.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
  1. Kama Said,

    Salam,
    First time jenguk your blog… Bagusnya berdunia dengan pertanian. Saya berminat tapi tak bersungguh betul. Ada la sebidang tanah di kawasan Jalan Ngulang tapi dok saja jer tanah tu. Plan nak tanam nenas, tapi tinggal plan jer. Ada supply benih nenas tak?

    Mohd Ashraf: Salam en Kama, saya tadak supply benih nenas. Nak mula dengan tanaman yang mudah pon boleh, sayuran daun, kurang 3 bulan boleh harvest. Amik feel jadi petani :D

  2. jesri Said,

    Selamat hari raya kembali.happy depavali

  3. Ain Said,

    assalamualaikum
    Dengar kate tanam cili nie lumayan. Saya berminat gak dalam industri pertanian nie tapi masalahnye modal tak ade, tanah pon tak ade dan kepakaran pon tak ade. kawan2 saye berminat gak. tapi dieorang nie nak kuar modal aje taknak usahakan. Agak-agak nye kalo saye & kawan2 berminat gak nak tanam cili dengan modal yg sikit & takde tanah macam ane agaknye?

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Dalami ilmu fertigasi dulu. Memang lumayan jika harga tinggi. Tapi pengurusan tanaman perlu juga. Masa kena ada.

    Baca sini:
    http://mohdashraf.com/v1/pertanian/cili-fertigasi/

Add A Comment

Technorati
Subscribe to Mohd Ashraf dot Com : Blog Siswazah Tani Moden