Tulisan terbaru Dr Ifran Khairi “Mentor Jutawan”

July 20, 2008 · Filed Under ebook · Comment 

Assalamualaikum,
Saya tertarik dengan tulisan terbaru Dr Irfan Khairi.

Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi
Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi

Cerita mentor dalam buku ini terdiri daripada:

Irfan Khairi adalah salah seorang idola saya. Sebab utama adalah memberi keyakinan kepada saya bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan hanya melalui internet. Beliau juga dapat PhD dalam usia yang muda. Salah satu cita-cita saya, insyaAllah. Semoga Allah realisasikan cita-cita saya untuk belajar hingga ke peringkat tertinggi.

Saya suka membaca buku-buku motivasi berkenaan kejayaan. Billy Lim melalui bukunya Berani Gagal banyak mengajar saya tentang manisnya kegagalan dan sehingga kini, gagal bukan lagi satu masalah, tapi satu ilmu yang tidak ternilai.

Buku jutawan pertama yang saya baca adalah tulisan Azizi Ali, Jutawan dari Planet Jupiter. Buku ini yang mula-mula mengajar saya tentang erti jutawan. Dulu saya selalu fikir jutawan ni untuk orang kaya saja dan susah untuk jadi jutawan. Tapi kini, siapa pon boleh jadi jutawan jika kena dengan caranya.

Selain itu, mentor-mentor lain yang menceritakan kisah mereka sehingga berjaya menjejak tangga jutawan adalah
- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
- Chef Li (Dato’ Dr Rusly), Jutawan Senyap
- Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
- Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
- Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura

Bagi saya, saya perlu baca buku-buku jutawan dan cuba berfikir bagaikan seorang jutawan jika saya ingin jadi seorang jutawan. Biasanya saya membaca buku tulisan jutawan luar negara, tapi kini, ada pula kisah jutawan dari Malaysia.

Saya lebih suka tulisan jutawan dari Malaysia, sebab saya berada di Malaysia dan suasana yang jutawan Malaysia hadapi tentunya lebih kurang sama dengan saya, yang berada di bawah langit Malaysia. Maknanya saya juga berpeluang menjadi jutawan seperti mereka.

Jadi, untuk sesiapa yang berminat mendapat eBook Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi, boleh klik link di bawah:

PS: Harga jualan sekarang RM40, tapi ada kemungkinan harga akan dinaikkan. Sila baca petikan di link Dr Irfan Khairi (klik link kat atas)

Seperti yang anda lihat dari komen-komen pembaca, ramai tidak setuju dengan betapa murahnya harga ebook Mentor Jutawan. Harga yang lebih tinggi patut dikenakan.

Buat masa ini, harga ebook ini adalah RM40.00. Sebagai usahawan, it make sense untuk saya tambahkan harga untuk memaksimakan keuntungan perniagaan saya- mana tahu, saya akan tambahkan harga tidak lama lagi. Krew-krew di Irfan Khairi Sdn Bhd juga mendesak saya setiap hari untuk meletakkan harga yang lebih tinggi dan berpatutan- lagi tinggi keuntungan syarikat, lagi tinggi bonus mereka :)!

Oleh itu, untuk memastikan anda mendapat segala ilmu mentor-mentor jutawan ini pada harga yang terendah, sebelum timbulnya keputusan untuk naikkan harga (maklumlah, harga minyak pun dah naik!) pastikan anda dapatkan mentor jutawan hari ini juga!

Pelaburan anda hari ini untuk ilmu kekayaan & kejayaan yang tidak ternilainya dari 8 Mentor Jutawan adalah hanya RM40.00 untuk hari ini!

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================