Mohd Ashraf dot Com : Blog Siswazah Tani Moden

Blog tentang pertanian moden terutama tanaman sayuran, cili, rock melon, tomato fertigasi dan tisu kultur. Juga mengandungi tips rancangan perniagaan serta teknologi pertanian, penternakan, perikanan dan industri asas tani.

Technorati
Subscribe to Mohd Ashraf dot Com : Blog Siswazah Tani Moden
Jun
21

Sekam dalam fertigasi

Posted under Pertanian

Assalamualaikum
Ini adalah pendapat saya dalam penggunaan sekam sebagai medium tanaman dalam teknik penanaman secara fertigasi.

Pastikan medium (sekam/sabut) tidak tercemar
Bukan yang terdedah pada cuaca walaupon dalam guni
Seeloknya lepas di proses terus digunakan.

Sekam bakar/ sekam stim/ sekap wap/arang sekam yang digunakan dalam sistem fertigasi bukanlah sekam yang dibakar hingga jadi debu.
Ia adalah sekam arang… sekam yang dibakar tapi masih lagi ada bentuk, bukan debu. Sekam jenis ni yang digunakan dalam fertigasi.

Sepengetahuan saya, di Jepun pon ada guna arang sekam, mungkin idea dari sana penggunaan arang sekam diterapkan di Malaysia. Indonesia juga gunakan arang sekam.

Untuk pokok yang bermasalah semasa guna arang sekam ni,sebenarnya ada banyak faktor. Antaranya:

1. Pemberian air dan baja yang kurang betul
2. Ada unsur lain selain sekam dalam polibeg
3. Serangga perosak yang terlalu banyak di sekitar kawasan projek.
4. Kawalan racun perosak kurang efficient.
5. Unsur dalam baja tak cukup.
6. Penggunaan sekam yang terlalu lama.

Tidak dilupakan, flushing juga kena buat. Alirkan air biasa dalam polibeg sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk buang unsur berlebihan dalam medium tak kira sabut atau sekam.

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Aug
01

Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi

Posted under ebook

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, saya telah siapkan eBook Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi.

Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi

Panduan asas ini akan membantu anda memahami asas tanaman cili secara fertigasi.
Anda akan pelajari:

    1. Takrif Fertigasi
    2. Alatan Asas Fertigasi
    3. Pemilihan Benih Cili
    4. Penyediaan Anak Benih
    5. Pembajaan
    6. Penjagaan Pokok
    7. Memungut Hasil
    8. Rumah Lindungan Hujan

eBook Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi adalah percuma dan bertujuan untuk membantu orang ramai memahami Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi. Ianya tidak termasuk Panduan Lengkap Tanaman Cili Secara Fertigasi.

Anda dibenarkan untuk memberikan ebook ini secara percuma kepada sesiapa sahaja tanpa mengubah isi kandungan ebook ini. Anda tidak dibenarkan menjual ebook ini secara digital mahupun fizikal.

Sila isi borang di bawah untuk mendapatkan pautan memuat turun eBook Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi.

*Pastikan anda masukkan email yang betul kerana pautan memuat turun akan dihantar melalui email.

Script by Dagon Design
Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Jul
17

Hatel Buktikan Sistem Fertigasi Mampu Beri Keuntungan Lumayan

Posted under Keratan Akhbar hatel-buktikan-sistem-fertigasi-mampu-beri-keuntungan-lumayan

SIKAP berani mencuba yang ditunjukkan Mohd Hatel Hashim, 39, membuahkan hasil apabila projek pertanian moden yang diusahakannya lebih setahun lalu mendapat perhatian banyak pihak.

Minat Hatel dalam bidang pertanian bukanlah baru. Jika sebelum ini menggunakan cara tradisional mengusahakan tanaman sayur-sayuran, kini Hatel beralih ke pertanian moden menggunakan sistem fertigasi.

Menariknya, projek tanaman cili yang menggunakan sistem fertigasi ini dijalankan di atas tapak yang dulunya menjadi tempat pembuangan sampah. Terletak di tanah rezab di tebing Sungai Gombak, projek ini secara tidak langsung menghalang pertumbuhan kawasan setinggan haram.

Projek yang dimulakan atas sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, YB Yuszahari Mohd Yusof dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan Jabatan Pengaliran dan Saliran itu juga adalah salah satu cara memperindahkan kawasan sungai.

Hatel kemudiannya dipilih sebagai calon yang sesuai untuk mengendalikan projek tanaman tomato itu atas semangat tinggi dan minat mendalam beliau dalam bidang pertanian.

Pada awal projek itu, Hatel mengusahakan tanaman tomato hibrid yang biasanya ditanam di tanah tinggi Cameron Highland.

Kejayaan projek tanaman tomato jenis 1039 itu mendorong Hatel untuk mencuba tanaman cili dan rock melon.

Projek pertanian cili fertigasi ini juga mendapat sokongan Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Dr Raman Ismail yang melancarkan program anak angkat pertanian sistem fertigasi.

Menurut Hatel lagi, pertanian cara fertigasi ini mampu memberi hasil hingga empat kali ganda daripada cara biasa. Melalui empat struktur rumah kalis air, keuntungan yang mampu diraih hasil jualan cili dalam sebulan ialah kira-kira RM5,000.

“Untuk menceburi pertanian moden ini paling penting ialah kita harus belajar cara dan sistemnya. Beberapa pendekatan perlu diberi perhatian yang lebih kerana teknik pertanian ini amat peka terhadap perubahan cuaca dan suhu persekitarannya,” jelas Hatel.

Beliau berkata dengan teknologi fertigasi, pengusaha boleh mengawal dan membekalkan air dan nutrien yang cukup dan seimbang mengikut fasa pertumbuhan pokok.

Hasilnya, tanaman dapat membesar dengan sihat dan subur serta berupaya mengeluarkan hasil yang maksimum dan bermutu tinggi.

Dengan kaedah perlindungan menggunakan rumah kalis hujan, tanaman akan terlindung daripada sinaran ultra ungu yang boleh mencederakan pokok dan mengurangkan serangan penyakit.

“Bagaimanapun, pertanian cara ini memerlukan kewangan yang besar dimana harga satu struktur binaan saja mencecah sehingga RM13,000. Sekiranya ada bantuan kewangan, saya berhasrat untuk mempelbagai lagi jenis tanaman,” katanya.

Kejayaan Hatel sebagai petani moden wajar dicontohi kerana sudah terbukti bidang pertanian adalah salah satu cabang perniagaan yang menguntungkan. - NOOR ALLIA KASSIM

Sumber: http://www.suaraselangormaju.com.my