Assalamualaikum

Dana Usahawan Belia masih berbaki RM21j

Itulah tajuk akhbar dalam Utusan hari ni yang menarik perhatian saya.

Dana pinjaman Skim Belia Niaga dan Skim Belia Tani yang dikendalikan Kementerian Belia dan Sukan melalui Bank Rakyat dan Agro Bank sehingga awal Febuari 2009 masih berbaki 21 juta.

Jumlah yang agak besar. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mensasarkan untuk mengagihkan baki pinjaman sebelum berakhirnya Rancangan Malaysia ke sembilan (RMK-9)

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Rancangan Malaysia ke sembilan bermula pada 2006 dan berakhir pada 2010. Jadi inilah peluang anda untuk dapatkan bantuan menjalankan projek perniagaan dan pertanian.

Tetapi sebenarnya bukan semudah yang digambarkan pihak terbabit.

Apa yang saya boleh cadangkan disini adalah anda mulakan dulu projek dengan apa yang anda ada. Saya pernah menulis berkenaan hal ni.

Klik dibawah jika anda belum pernah membaca post tersebut:

“Siapa yang anda nak bagi pinjam

Pihak pemberi pinjaman perlu menanggung riziko bila meminjamkan wang mereka kepada peminjam. Jadi untuk mengurangkan risiko, kebanyakan pinjaman mudah diluluskan untuk mereka yang sudah menjalankan projek.

Anda perlu berusaha dan berikhtiar untuk menjalankan projek dulu baru memohon pinjaman. Contohnya, jika ada dikalangan anda yang ingin menanam cili fertigasi, usahakan untuk beli 100 unit polibeg, dan tanam pokok cili di dalamnya. Tanpa sistem sebab boleh mengurangkan kos. Tetapi perlu menyiram secara manual

Kemudian ambil gambar projek dan sertakan gambar projek yang telah diusahakan ke dalam kertas kerja.

Jangka masa projek: 1 bulan kemudian terus buat pinjaman.

1 bulan adalah tempok anak pokok cili matang untuk dipindahkan ke dalam polibeg. Lepas pindah anak pokok ke polibeg, terus buat kertas kerja dan mohon pinjaman.

Ini adalah berdasarkan pandangan saya. Tiada kaitan dengan pihak bank serta pihak Kementerian Belia dan Sukan. Anda boleh cuba. Jika memang rezeki anda, insyaAllah mudah untuk dapat pinjaman.

Siapa yang anda nak bagi pinjam?

Katakan anda ada wang yang banyak. (Memang orang suka berkawan dengan orang yang ada duit banyak :D )

Datang saudara anda, si Ali.
Ali nak pinjam wang anda untuk jadikan modal mulakan perniagaan.
Dia pon sediakan lah kertas kerja dan tunjukkan kepada anda.
Takan cakap mulut je, mesti la anda nak tengok dalam bentuk tulisan samada projek ni boleh berjaya atau tidak.
Kalau kertas kerja tak boleh tunjukkan perniagaan tu berdaya maju, takan anda nak serahkan wang anda untuk Ali pinjam.
Macam mana Ali nak bayar balik duit kepada anda kelak?
Takan anda nak susahkan diri untuk minta, marah-marah kat Ali, minta dia bayar balik wang anda?

Tapi, Ali memang sediakan kertas kerja untuk memulakan perniagaannya dan perniagaan tersebut boleh beri pulangan yang memuaskan walaupon dia belum lagi mulakan perniagaan dia. Hanya planning saja dan melalui rancangan perniagaan tu boleh bagi keuntungan kepadanya.
Sebagai balasan, Ali bagi saham bisnes kepada anda atas pinjaman yang anda berikan kepadanya.

Takan anda nak bagi pinjam macam tu je kan?
Baik anda laburkan wang anda kat amanah saham je kalau just bagi pinjam gitu je.

Pinjaman Belia

Kemudian, datang pula saudara anda yang lain, si Abu.
Abu dah mulakan perniagaan, tapi dia kekurangan modal untuk besarkan perniagaan dia.
Dia pon tunjukkan kertas kerja kepada anda yang berdaya maju.
Sebagai balasan, Abu pon akan bagi saham bisnes sebagaimana Ali.

Bezanya, Abu dah mula bisnes. Disebabkan bisnes dia berdaya maju dan dia mesti dapat permintaan yang tinggi melebihi pengeluaran, sebab tu dia nak kembangkan bisnes dia. Dia pon dah ada pengalaman buat bisnes tersebut.

Ali pula baru nak mulakan perniagaan. Dia baru nak belajar cara berniaga bila dapat pinjaman. Dia hanya ada teori masa ikuti kursus dan sebagainya.

Antara Ali dan Abu, siapa yang anda sanggup bagi pinjam wang anda sebagai modal perniagaan mereka?

***

Gantikan perkataan “anda” dengan perkataan “bank atau agensi pemberi pinjaman”
Gantikan perkataan “Ali” dengan nama anda
Gantikan “Abu” dengan mereka yang dah mulakan perniagaan/ projek.

PS: Nama yang disebut diatas tiada kaitan dengan yang hidup atau yang dah meninggal dunia.

pinjaman kelapa sawit Agro Bank

SKIM KHAS UNTUK PEKEBUN KECIL KELAPA SAWIT SAHAJA
• Untuk membantu dan menggalakkan pekebun kecil meningkatkan prestasi industri minyak kelapa sawit.

KELAYAKAN

• Pekebun kecil individu
• Agensi kerajaan atau organisasi yang mengurus kebun kelapa sawit milik pekebun kecil
• Syarikat Sendirian Berhad dengan dana pemilik saham tidak melebihi RM2.5 juta

PROJEK YANG LAYAK DIBIAYAI

    Keluasan Tanah

• Bagi individu, keluasan minimum 0.28 hektar (0.7 ekar) dan maksimum 40.5 hektar (100 ekar)
• Pertubuhan atau organisasi yang mengurus dan memajukan kebun kelapa sawit milik pekebun kecil tidak tertakluk kepada had keluasan tanah

    Kelayakan Tanaman

• Pokok kelapa sawit yang pulangannya tidak ekonomik

    Penggunaan Tanah

• Tanah yang dimajukan hendaklah bersyaratkan tanaman kelapa sawit
• Bagi tanaman baru (pemindahan dari tanaman lain) untuk Sabah dan Sarawak sahaja, kelulusan pertukaran syarat penggunaan tanah kepada kelapa sawit hendaklah diperolehi terlebih dahulu
• Jika tanah yang akan dimajukan bukan milik sendiri, pengusaha tanah tersebut hendaklah mempunyai hak yang sah mengusahakan tanah tersebut bagi jangka masa tidak kurang dari tempoh pembiayaan

    Penggunaan Benih

• Benih kelapa sawit hendaklah diperolehi daripada nurseri atau pembekal yang berdaftar dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

SYARAT

    Jumlah Pembiayaan

• Tidak melebihi RM 6,000 sehektar
• Komponen pembiayaan adalah merangkumi modal tetap dan modal kerja berkaitan dengan tanaman kelapa sawit
• Pembiayaan boleh dipertimbangkan sehingga 100%

    Tempoh Pembiayaan

• Tidak melebihi 10 tahun
• Tempoh penangguhan bayaran pokok adalah tidak melebihi 4 tahun

    Kaedah Pembiayaan & Kadar Keuntungan

• Pembiayaan secara Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) dengan kadar keuntungan 4% setahun

    Bayaran Balik

• Secara ansuran bulanan

    Cagaran/Jaminan

• Tanah tapak projek
• Jika tanah tapak projek tidak boleh dicagar, Bank boleh menerima lain-lain bentuk cagaran

    Perlindungan Takaful

Pelanggan individu dikehendaki mengambil takaful gadai janji yang meliputi keseluruhan pembiayaan

    Deposit Sekuriti

• Dikecualikan

    Caj Memproses

• 2 hektar dan kurang – RM 20
• 5 hektar dan kurang – RM 50
• 10 hektar dan kurang – RM 200
• Jika lebih 10 hektar – 0.5% daripada nilai kelulusan atau maksimum RM5,000

    Caj Penyempurnaan Suratcara

• Dikendalikan oleh BPM
o 2 hektar dan kurang – RM 20
o 5 hektar dan kurang – RM 50
o 10 hektar dan kurang – RM 200
o Jika lebih 10 hektar – 0.5% daripada nilai kelulusan atau maksimum RM5,000

• Dikendalikan oleh Peguam Luar
Kadar bayaran adalah mengikut kadar yang ditentukan oleh firma guaman dan kosnya ditanggung oleh pemohon

Pengeluaran Wang Pinjaman
• Pengeluaran wang dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan projek dan disokong oleh dokumen tertentu seperti invois, resit, pengesahan kerja dan lain-lain

Related Posts with Thumbnails