14
Selamat Hari Raya 2008
Posted under semasaAssalamualaikum,
Selamat Hari Raya ke 14, Maaf Zahir dan Batin, kot-kot ada tersilap dan terkasar bahasa.

Lama betul saya tidak menulis blog. Banyak betul kerja yang saya perlu lakukan.
Sekarang saya sedang sediakan tapak fertigasi cili di Tapak Fertigasi Bukit Temiang. Kali ni saya dapat mengusahakan sebuah lagi tapak beserta rumah lindungan hujan. Terima kasih buat Jabatan Pertanian Perlis kerana memberi peluang kepada saya untuk mengusahakan sebuah lagi tapak. Jutaan terima kasih juga buat En Jesri, pegawai yang terlibat menjaga kawasan saya. Tak sempat saya beraya di rumah dia. InsyaAllah kalau sempat, saya pergi. Ada 15 hari lagi
Anak saya pula dah pandai senyum. Alhamdulillah, dia bukan jenis suka menangis. Hanya menangis minta susu atau boring baring lama-lama. Minta diangkat.
InsyaAllah minggu ni atau minggu depan Pejabat Urusan Abi Agro akan siap.
Lepas ni saya akan tulis banyak tentang cili fertigasi. Jadi jangan ketinggalan untuk datang balik blog ni ye… Adios
p/s: Ada yang menyebut fetigrasi atau fertigrasi tapi sebenarnya fertigasi. Asal daripada perkataan fertigation dan irrigation.
Mengenai PenulisMohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================










