Penggunaan ulangan medium tanaman

Pembaca blog ni iaitu en azmi64 telah mengajukan persoalan tentang penggunaan medium tanaman berulang kali.

Dalam teknik fertigasi di Semenanjung Malaysia, kita telah diperkenalkan dengan penggunaan sabut dan sekam sebagai medium tanaman di dalam polibeg.

Sabut dan sekam digunakan sebab ianya adalah bahan terbuang, jadi harganya murah. Pada awal dulu, bahan-bahan ni diberi percuma. Tetapi memandangkan ramai pengusaha fertigasi menggunakan sabut dan sekam, bahan-bahan ni telah mempunyai nilai.

Sebagai contoh, pada awal dahulu, di kawasan saya, sekam bakar diberi percuma, kemudian harganya telah dinaikkan memandangkan terdapat banyak permintaan untuk bahan yang dulunya terbuang begitu saja.

Jadi, memandangkan harga sekam dan sabut agak tinggi (tetapi masih lagi boleh diterima), rata-rata pengusaha cuba untuk menggunakan sabut dan sekam berulang kali.

Anda boleh gunakan sabut atau sekam secara berulang kali, tetapi pastikan pokok sebelumnya tidak berpenyakit. Ini untuk elakkan pokok baru dijangkiti penyakit bawaan pokok lama.

Selain dari itu, penggunaan medium tanaman secara berulang kali boleh menyebabkan medium tanaman tersebut tepu dengan nutrien yang tidak diserap sepenuhnya oleh tanaman, tambahan jika pengusaha kurang buat flushing (pemberian air kosong pada tanaman).

Jadi saranan saya, jika mampu, tukar medium tanaman setiap kali penanaman atau gunakan hanya 3 atau 4 kali penanaman kemudian gantikanlah dengan medium tanaman baru.

Sabut oh Sabut!

Lebih sebulan saya menunggu medium tanaman untuk sampai pada saya
Sebelum ni saya menggunakan medium sekam bakar, tapi sekarang ni bukan musim menuai, jadi agak sukar untuk dapatkan sekam bakar.

Sebab tu saya terpaksa mencari sabut.
Untuk kurangkan kos, saya terpaksa cari sabut di lokasi terdekat yang mungkin.

Memang saya selalu ingatkan rakan-rakan untuk siapkan segala infrastruktur sebelum menyemai benih.
Alhamdulillah, pengalaman dulu mengajar saya untuk tidak tergopoh gapah menyemai benih.

Harapan saya agar projek terbaru saya ini tidak tertangguh untuk kali ke2.. ops… kali ke3 sebenarnya
Jika minggu depan saya tak dapat peroleh sabut, saya akan cari alternatif lain.

Dah jadi habit saya untuk selalu bersedia dengan plan yang banyak
Minggu depan projek saya mesti diteruskan, sebab esok dah start semester akhir.

Related Posts with Thumbnails