http://almaribuku.wordpress.com/Susulan kepada artikel di http://almaribuku.wordpress.com/2006/09/29/boleh-caya-ke-ni/

Saya sebenarnya ada niat untuk menulis tentang tajuk ini, tapi setelah membaca artikel di http://almaribuku.wordpress.com, saya rasa saya ingin bercerita tentang seorang sahabat saya. Semasa saya di universiti, saya telah dipelawa oleh sebuah universiti lain untuk menjadi fasilitator untuk Program Kecemerlangan PMR di sebuah UiTM. Tentunya di Malaysia :D .

Saya telah bertemu dengan seorang fasilitator lain, antara top student universiti yang menjemput saya. Beliau seorang yang berbadan agak gempal. Semasa sesi makan, kami telah berborak tentang pelbagai perkara. Antara topik yang dibincangkan (setelah banyak kali ubah topik), adalah tentang pemakanan. Kata beliau, beliau tidak mahu berhenti makan.

“Aik, orang lain sibuk-sibuk nak kurus, dia nie plak sibuk-sibuk nak maintain berat badan kurang unggul diri dia” , kata Sang Kancil, eh! bukan, saya berkata-kata dalam hati.

Kata beliau, banyak benda akan berubah jika dia kurus.

  1. Dia kena beli pakaian baru.
  2. Jika beli pakaian baru, dia kena berjimat.
  3. Elaun daripada emak dia akan dikurangkan, sebab nak beli pakaian.
  4. Banyak pakaian yang kena beli baru (baju, seluar besar dan kechik, kasut dll).

Itulah kata-kata beliau yang saya ingat. Tapi pengajaran yang saya dapat daripada beliau, saya tak seharusnya berfikiran apa yang akan terjadi sebentar lagi, tetapi saya perlu berfikir apa yang akan jadi 5 tahun akan datang, 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang.

Walaupon perkara tersebut nampak remeh, tetapi perlu juga kita fikir jauh kehadapan. Dan, kepada “beliau” semoga anda dapat “menguruskan” (kurus@urus) badan anda dengan sebaik-baiknya dibulan Ramadhan yang mulia ini.

Related Posts with Thumbnails