Business saya sama dengan orang lain
Posted by Mohd AshrafSep 24
Pada suatu hari…
hehe Macam cerita budak-budak plak. Sebenarnya semasa saya jalan-jalan kat net, saya ada terjumpa satu laman web yang menyediakan perkhidmatan yang akan saya buat.
Tapi, adakah saya akan buat perkhidmatan yang sama?
Jawapannya YA
Tapi, macam mana nak maju kalau buat biz yang sama macam orang lain?
Tiada masalah sebenarnya untuk buat biz sama macam orang lain, tapi pastikan apa yang anda tawarkan kepada costumer anda berbeza atau mempunyai kelainan. Disebabkan kelainan itulah costumer akan memilih anda.
Nasib saya baik kerana saya dapat lihat web pesaing saya. So senang la saya nak offer kepada orang lain apa yang tiada kat pesaing saya. Dan saya dapat tahu, apa yang saya perlu tambah kepada perkhidmatan saya.
Oleh itu, kalau anda nak buat sesuatu biz, suka saya sarankan agar anda search @ cari pesaing anda. Jangan jadikan mereka musuh anda, tetapi jadikan mereka sebagai sahabat anda. Bookmark website pesaing anda untuk memudahkan anda melihat apakah tawaran-tarawan yang mereka sediakan dari masa ke semasa.
p/s:
net = internet
biz = business











satu informasi yang berguna utk internet biz newbie…syabas sifu