Assalamualaikum

Fuh! Hari ni begitu letih sekali. Apa yang saya buat? hehe Bergelumang dengan tanah kering. Sebab kat Perlis ni tak hujan, kering ja. Saya habiskan RM70 hari ni, upah untuk gemburkan tanah. Pastu cari tayar buruk kat kedai motosikal, kedai kereta. Untuk bakar himpunan pokok-pokok hutan untuk buat tapak projek pertanian. Mula-mula nak buat fertigasi, tapi modal lebih RM30K, saya tunda dulu niat untuk buat fertigasi, tanam pisang dulu, memandangkan ada jiran saya yang nak mengusahakan tanaman pisang, bole la saya join. Dah ada tempat untuk amik anak pokok, cara tanaman dan sebagainya. Ada 3 orang yang akan mengusahakan tanaman pisang ni termasuk saya di kampung saya.

Melalui pembacaan saya dalam buku Why We Want You to be Rich, ada ditulis tentang cara penggunaan wang. Bagaimana?

Jika ahli-ahli financial planner suruh kita menyimpan, jangan pinjam wang untuk menjalankan projek perniagaan, berbeza pula dengan pendapat Trump dan Robert Kiyosaki. Mereka menggalakkan kita meminjam wang untuk menjalankan perniagaan. Daripada pinjaman tersebut, dapatkan keuntungan untuk diri sendiri atau, dengan kata lain, gunakan duit orang lain untuk menjalankan perniagaan dan dapatkan duit (keuntungan) untuk diri sendiri.

Nasihat ini berguna untuk anda yang bercita-cita untuk menjalankan perniagaan. Sebab, anda menggunakan wang tersebut, dan dapatkan keuntungan daripadanya. Memandangkan saya ingin menjalankan perniagaan, memang teruja bila baca artikel ni. Berisiko tinggi jika saya tidak buat perancangan yang teliti, tetapi sangat menguntungkan jika perancangan yang teliti, beserta dengan penyelesaian masalah-masalah yang mungkin akan dihadapi semasa menjalankan perniagaan tersebut.

Saya juga terfikir tentang ASB semasa saya membaca bahagian tersebut. Kenapa saya tidak membuat pinjaman untuk ASB? Bayangkan, kalau saya membuat pinjaman RM10k untuk 7 tahun. Saya wajib membayar lebih kurang RM200 sebulan. Wajib!

Tapi, apa yang saya akan dapat? Katakan faedah dan bonus untuk tahun ini (saya akan dapat pada tahun hadapan) adalah 10%. Maka saya akan dapat RM1K. Banyak tu. Jadi pada tahun hadapan, saya akan hanya membayar RM1400 sahaja. Sepatutnya saya perlu bayar RM200 x 12 bulan = RM2400, tapi memandangkan saya gunakan duit faedah + bonus RM1k, saya hanya perlu membayar untuk 7 bulan sahaja, RM1400

Tahun pertama RM200 x 12 = RM2400

Tahun kedua hingga tahun ketujuh = RM1400 x 6 = RM8400

Sum = RM10600, RM600 untuk pihak bank, sebab hanya RM10k saja yang saya akan dapat 7 tahun kemudian.

Persoalan:

1. Saya rugi RM600 kerana saya meminjam wang, tapi adakah saya boleh dapat RM10K 7 tahun akan datang, dengan hanya disiplinkan diri saya menyimpan setiap bulan secara tetap? Tepuk dada tanya diri sendiri, mampukah anda/saya?

2. Jika saya mampu menyimpan wang RM200 setiap bulan, saya akan mendapat RM16,800, belum dikira faedah + bonus. Tapi, mampukah anda/saya menyimpan secara tetap? Tepuk dada tanya diri sendiri.

Related Posts with Thumbnails