Pisang saya belum lagi di tanam. Insyaallah bulan 8 baru saya akan tanam. Kenapa? Sebab saya nak maksimumkan pendapatan saya dengan tanah yang sekangkang kera (0.5 relong). Bagi yang tak tau relong, kawasan tanah saya lebih kurang 175 kaki x 80 kaki.

Pokok pisang yang saya dapat tanam dalam keluasan tu adalah lebih kurang 250 pokok. Tetapi… saya tak nak tanam pokok pisang saja, sebab saya rasa saya boleh tanam juga pokok lain di celah pokok pisang. Selepas lawatan ke kebun seorang pegawai pertanian, saya akan tanam pokok pisang bersama betik. Kerana saya boleh mendapat 250 pokok betik dan 200 pokok pisang, di atas tanah yang sama.

1 pokok betik = 30 biji buah x RM1
1 pokok pisang = 20 kilo x RM1

250 pokok betik = RM7500
200 pokok pisang = RM4000

Jadi saya boleh gunakan sepenuhnya tanah 0.5 relong tu. Dan… mana tau, dicelah-celah pokok tersebut, saya boleh pulak tanam sayuran kecil atau pokok-pokok kecil? Hehe… kita tunggu dan lihat.

Owh!

Lupa pula, kos pembersihan kebun…

Bersihkan pokok = RM700
Gembur tanah = RM70
Bersihkan akar pokok kelapa = RM40
Gembur tanah = RM50

Lepas ni… ratakan tanah pula, sebab bila nak tanam betik, pokok betik tak boleh terendam dalam air. Dan sekarang musim hujan, jadi untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku, better saya buat langkah pencegahan.

Related Posts with Thumbnails