Selamat hari raya qurban untuk semua pembaca blog http://mohdashraf.com. Hari raya pada tahun ni begitu meriah bagi saya. Sebab alhamdulillah, berjaya jugak saya buat korban. Ni adalah fakta-fakta tentang korban berdasarkan pengalaman saya.

1. Lembu akan dibahagi 7 bahagian dengan orang yang buat korban, manakala kambing kena seekor setiap seorang.
2. Nak sembelih lembu, kena banyak orang, nak sembelih kambing, sorang-sorang pon boleh.
3. Harga setiap bahagian bergantung kepada harga lembu, kalau lembu besar, mahal la 1 bahagian, tapi daging banyak, boleh sedekah banyak kat banyak orang.
4. Bila nak bahagi tujuh bahagian, mula-mula akan dipecahkan dagingnya dahulu kepada tujuh dengan berat yang sama rata (penimbang), kemudian barulah dibahagi hati, peparu, jantung, tulang dan sebagainya kepada 7. Walaupon sekecil bahagian, semuanya bahagi 7.
5. Semua 7 bahagian diletakkan di suatu tempat, orang yang membuat korban dipanggil untuk memilih bahagian yang mereka suka, untuk mengelakkan rasa tak puas hati dengan bahagian yang mereka dapat.
6. Selepas memilih bahagian masing-masing, sedikit daripada bahagian tu, kena sedekahkan kepada orang yang sembelih dan melapah, sebab kalau tiada mereka, nanti susah pula nak bahagi sama-rata dan nak mengelakkan keraguan bahagian.
7. Bahagian seperti kepala lembu (1) dan kaki (4) , kena berbincang macam mana nak bahagi 7. Daripada pengalaman saya, ada yang tidak mahu bahagian tersebut, dan sedekahkan kepada orang lain yang menginginkannya.
8. Hanya 1/3 daripada 1 bahagian lembu atau seekor kambing yang boleh dimakan oleh orang yang buat korban, selainnya wajib disedekahkan.
8. Sekarang ni, susah nak cari orang susah untuk disedekahkan daging korban, jadi sedekahkan kat jiran-jiran.
9. Untuk sedekah, ikut suka kita berapa banyak kita nak sedekahkan kat setiap orang, kalau saudara dekat, kita sedekahkan lebih sikit pon tadak masalah, sebab namanya pon sedekah, ikut keikhlasan.
10. Kebiasaannya, kalau di kampung seperti saya, akan dapat daging korban daripada jiran-jiran lain walaupon saya juga buat korban, jadi sedekahkan semua daging korban yang kita buat, hanya makan daging yang orang sedekahkan kepada kita.
11. Selalunya, siapa yang buat korban, mesti mula memasak lepas jam 2 sebab nak bahagi 7 bahagian sama rata tu lambat, ada yang jam 6 baru boleh mula masak.
12. Afdalnya, binatang yang dibuat korban tu haruslah berwarna putih, kemudian berwarna kuning, kemudian yang putih tetapi yang tiada bersih putihnya, kemudian yang sebahagian badannya berwarna putih, kemudian yang sebahagian berwarna hitam, kemudian berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah semuanya.

Lembu korban warna putih

Lembu dijatuhkan

Masa sembelih lembu, ramai yang membantu

Melapah lembu

Sedang potong tulang lembu

Antara 1 bahagian lembu yang dipecahkan untuk sedekah

Related Posts with Thumbnails