Hutang dan dadah
Posted by Mohd AshrafMar 23
Post kali tentang hutang dan dadah.
Tadi, saya kawan saya bercerita tentang hutang.
Orang yang berhutang dengan dia liat nak bayar hutang
Masa mula-mula minta pinjam, pukul 6.30am dia telefon, cakap perlukan duit.
Kawan saya bukan orang senang, sebab dia suka membantu, terus dia pinjam kat ahli keluarga dia untuk dipinjamkan kepada orang.
Dia dijanjikan bahawa duitnya akan dibayar balik pada 21 Mac 2008, tapi pada 21 Mac lalu, dia cuba mohon duit dia balik, tapi orang yang meminjam wang tu liat nak bayar.
Patutlah dalam buku motivasi perniagaan, telah ditulis jangan pinjamkan wang atau jangan beri hutang kepada orang lain.
Banyak lagi cara lain untuk membuat amal, seperti bersedekah wang, buat jamuan/ kenduri kecil-kecilan, buat khidmat masyarakat.
Dah 2 orang yang beri peringatan kepada saya, disebabkan wang, ada yang berpecah belah. Untuk selamat, berterus terang dengan orang yang nak pinjam, bahawa bukan tanak bagi pinjam, cuma tanak tanggung risiko susah nak dapat balik wang. Atau, minta cagaran. Kadang-kadang sebab orang dalam kesusahan, hati berbagi tadak bagi pinjam. Anda ada cara untuk mengelak daripada orang pinjamn wang? Sila tulis di bahagian komen.
Berkaitan dadah pulak. Perkara ni hampir terjadi kat wife saya di airport. Ada orang yang nak tumpang barang menggunakan kuota wife saya. Setiap penumpang telah dihadkan boleh membawa beberapa kilo barang sahaja, selebihnya kena bayar wang tambahan. Sekarang ni banyak cerita tentang warga Malaysia kena tahan di airport sebab ditangkap bawa dadah. Ada 3 kemungkinan:
1. memang dia bawa dadah
2. ada orang minta tumpang kuota, macam kes isteri saya
3. ada orang masukkan dadah kat beg tanpa disedari, jadi jaga elok-elok beg anda
p/s: wife saya tak mau tumpangkann barang orang tu menggunakann kuota dia.
Petua Minta Hutang
“La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zhalimin.”
(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. –al-Anbiya’: 87.
Amalkanlah Ayat diatas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda, niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut, dan baca ayat/tasbih diatas. InsyaALLAH anda akan dapat balik hutang anda.
sumber: Petua Minta Hutang.. dari blog linncomel.com











Leave a Reply