Assalamualaikum

Pepatah “ingatlah orang yang tersayang” selalu kita dengar kat tv dan radio, kadang-kadang kat media massa pon ada.

Selalunya pepatah ni kita dengar bila dekat-dekat nak raya, tak kira la raya kaum apa pon. Sebenarnya, kita harus ingat orang yang tersayang bila-bila masa saja. Tak kira semasa memandu, semasa makan, semasa sembahyang… Bukan saja kena berhati-hati di jalan raya sebab orang yang tersayang akan merana kerana kehilangan kita, tetapi kita juga kena ingat mereka. Sebab mereka juga boleh meninggalkan kita bila-bila masa sahaja.

Sempena Hari Raya yang mulia nie, cuba-cuba jenguk atuk dan nenek di kampung, cuba-cuba jenguk ibu dan ayah di kampung. Kalau tak boleh jenguk pon, telefon pon boleh.

p.s: Sebenarnya saya tengok iklan Petronas tadi. Sayu sebab ayah diperlakukan sedemikian rupa.

p.p.s: Teringat arwah ayah saya, alhamdulillah, saya cepat sedar, dulu saya kurang rapat dengan ayah, tapi setahun sebelum dia meninggal, bila balik kampung, saya cuba mesrakan diri saya dengan ayah (balik kampung pon setahun kurang 5 kali :D ) .Ntah macam mana teringat jasa ayah kepada saya yang saya tak mungkin boleh balas membuatkan saya ingin merapatkan diri dengan ayah. Dulu sepatah yang ditanya, sepatah saya jawab. Rasa bersyukur sangat sebab disaat dia sakit, saya ada disisi dia, di saat dia menghembuskan nafas yang terakhir, pon saya ada disisi dia. Saya curahkan sepenuh kasih sayang saya semasa menjaga dia walaupon hanya 1 hari. (Dia hanya sakit 1 hari, kemudian meninggal dunia keesokannya).  Sedih sebab saya ditinggalkan ayah semasa umur saya baru 25 tahun, tapi gembira sebab ayah saya “pergi” semasa dia banyak beramal ibadat kepada Allah s.w.t. Ntah bagaimana perasaan saya berhari raya tanpa ayah tahun pertama ni..

p.p.p.s: Saya redha sebab saya dapat mengecapi kasih sayang ayah selama 25 tahun. Ada juga mereka yang langsung tidak pernah mengenali ayah mereka.

Al-Fatihah buat Allahyarham Haji Shuib bin Senapi. Semoga ayah tergolong dalam mereka-mereka yang beriman.

Related Posts with Thumbnails