Hari ini, saya baru saja tukar wajah website Abi Agro ( http://abiagro.com.my ), termasuklah logo syarikat.
Tujuan saya buat demikian kerana ingin memberi wajah baru kepada Abi Agro, yang lebih fresh.

Berbalik kepada kad nama, kalau anda baru nak buat kad nama, jangan terus buat banyak keping. Cukup 100 keping saja, sebab nanti boleh tukar-tukar design kad tu. Macam saya sekarang, saya dah tukar logo baru, tapi disebabkan saya hanya buat sedikit saja kad sebelum ini dan kad tu dah nak habis, jadi, bila buat kad baru, saya akan menggunakan logo baru.

Selain daripada ubah suai design atau logo, anda juga boleh ubah perkhidmatan yang anda buat. Mungkin sebelum ini anda hanya ada 4 perkhidmatan, tetapi sekarang anda menambah perkhidmatan, maka anda boleh tambah perkhidmatan baru pada kad.

Bagi yang suka buat design macam saya (walaupon tak terrer), syiok juga dapat buat design baru dan terus dapat print. Kalau buat sesuatu jenis kad tu banyak, kena tunggu kad tu habis baru dapat print design baru, kalau tak, membazir. Dari segi psychology pulak, tadak le boring dok tengok design lama je.

Related Posts with Thumbnails