Assalamualaikum,

Tepat jam 12 malam hari ini, harga petrol akan meningkat dari RM1.92 kepada RM2.70. Saya telah menunggu hampir 1 jam 15 minit baru dapat mengisi minyak. Bagaikan hari keramaian di stesen minyak, tapi tidak menyeronokkan.  

Kemungkinan besar kebanyakan harga barang akan meningkat. Jadi apa tindakan anda?

Apa yang ada difikiran saya adalah:

  1. Jika boleh, gunakan pengangkutan awam
  2. Jangan pandu laju
  3. Jika boleh, kurangkan penggunaan aircond
  4. Masak sendiri di rumah
  5. Tanam sayur-sayuran dan pelihara haiwan untuk makanan (ikan dalam tangki/tong, sepasang ayam penelur, tanaman sayuran dalam pasu, cendawan) Mungkin ada yang tak boleh dilakukan kerana tempat terhad, sekurang-kurangnya tanam sayuran dalam pasu.
  6. Buat budget setiap bulan. Dengan cara ini, anda juga dapat menyimpan wang walaupon sedikit.
  7. Jimat penggunaan letrik dan air.
  8. Cari sumber tenaga alternatif (cth: pemanas air solar, pengecas bateri solar)
  9. Cari sumber pendapatan sampingan.

Akan ditambah dari semasa ke semasa

Related Posts with Thumbnails