Kenapa Susah Nak Dapat Pinjaman Bank???

February 12, 2007 · Filed Under Pinjaman, Uncategorized 

Penulisan dibawah ni adalah pendapat saya sahaja. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak.

Assalamualaikum

Saya dapat borang untuk apply loan, tanpa penjamin, tanpa faedah. Fuh! teruja betul bila baca isi pamplate. Bukan teruja sebab saya nak apply loan tu, tapi sebab “begitu mudah nak dapat loan”.

Seperti biasa, kalau ada benda-benda bes macam ni, saya akan buat research dulu. Apa lagi, Uncle Google la… hehe

Hasil pembacaan saya, ramai yang apply, sebab mengikut kata agent yang bertanggung jawab uruskan permohonan loan ni, pada masa itu, ketika agent tersebut membuat post di sebuah forum, dah 10,000 orang yang pohon. Ermmm… kalau betul, memang ramai la yang pohon. Ada yang ingin memohon untuk berniaga, ada yang ingin memohon untuk keluar dari kesempitan hidup. Tapi asalnya loan ni dibuka hanya kepada usahawan. Jadi, salah satu cara orang yang bukan ingin berniaga nak dapatkan loan ni, daftar syarikat di SSM. Lepas ni, mungkin boleh dapat data dari SSM tentang peningkatan penubuhan syarikat pada hujung tahun lepas dan awal tahun 2007 :D

Kenapa susah nak dapat pinjaman bank?

Melalui pembacaan dan pengalaman saya, memang susah nak dapat pinjaman daripada bank. Sebab utama adalah, bank kena pertimbangkan samada individu yang meminjam wang tu boleh bayar balik atau tidak. Walaupon ada perjanjian, bank tak mau susah-susah amik tindakan mahkamah, sebab dia kena bayar yuran guaman, buang masa kena tunggu tarikh perbicaraan dan sebagainya. Sebagai pencegahan daripada masalah-masalah yang akan dihadapi oleh pihak bank, bank buat penapisan dan syarat-syarat yang begitu ketat. Bank bukanlah Ahlong, ugut,pukul dan sebagainya. Kena jaga reputasi.

Contoh terdekat, pinjaman PTPTN, berapa ramai orang yang belum settlekan hutang PTPTN? Sebenarnya, susah untuk mengutip hutang. Pada zaman saya, PTPTN diberi kepada kebanyakan siswazah. Mungkin pada masa tu, pihak yang terlibat nak bagi kemudahan kepada para pelajar. Memang susah kehidupan pelajar, jauh dari keluarga, tinggal di tempat baru, banyak barang yang perlu dibeli, semuanya memerlukan wang. Susah kalau tiada bantuan. Mungkin pihak terbabit beranggapan, selepas bergraduat, peminjam akan dapat pekerjaan dan terus membayar balik pinjaman. Tetapi, setiap orang lain pe’el nya. Apa yang terjadi, pihak PTPTN terpaksa “mengejar” bekas-bekas pelajar untuk memberi bantuan kepada pelajar baru. Begitulah susahnya pemberi pinjam nak dapat balik wang.

Pekerja kerajaan pula, memang mereka ni senang nak dapat loan sebab ada jaminan dalam pekerjaan mereka untuk tidak dibuang kerja. Gaji pula tetap dan memang ada peningkatan, jadi bank kurang masalah untuk buat pinjaman kepada pekerja kerajaan.

Saya bukan lah menyokong pihak bank dan sebagainya. Tapi, kalau saya dipihak bank, memang terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhi untuk dapat balik wang. Saya juga pernah meminjamkan wang kepada orang lain, begitu susah untuk dapatkan balik wang saya. Donald Trump pernah berkata dalam Why We Want You to be Rich, JANGAN PINJAMKAN WANG KEPADA ORANG LAIN.

Saya juga ingin membuat pinjaman untuk projek pertanian. Tapi memang susah untuk dapat pinjaman walaupon menurut pihak yang terbabit, memang telah diperuntukan sebegitu banyak wang untuk petani moden dan siswazah. Sekarang saya usahakan dengan modal yang saya mampu sahaja.Bila dah ada kemajuan, mungkin pihak bank akan cari saya pula untuk bagi pinjaman, dan mungkin juga saya akan pinjam :D

Mengenai Penulis

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
Related Posts with Thumbnails

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Comments

17 Responses to “Kenapa Susah Nak Dapat Pinjaman Bank???”

  1. Affuan on February 12th, 2007 9:11 am

    Nak buat pinjaman skang bukan senang kalau x de cagaran. Pengalaman saya la – kalau nak pinjam juga try masuk ikut pns, punb atau terbaru, sme bank. Tu jer pilihan terbaik saya boleh bagi. InsyaAllah terjamin. Tanpa cagaran la. Janji – paperwork masyuk and no hidden agenda. Ngee he he..

  2. Mohd Ashraf on February 12th, 2007 9:18 am

    Affuan… memang betul… banyak saluran….
    Persoalannya… mudahkah?

    :D
    Bank yang berkaitan dengan bidang masing2 yang boleh keluarkan pinjaman. Saya nak buat pertanian, kena g bank pertanian.

    pengalaman:
    saya dah ikut kursus belia tani anjuran jabatan belia negeri. Untuk dapatkan loan daripada kementerian belia dan sukan yang diuruskan oleh Bank Pertanian, kena ikut kursus tersebut terlebih dahulu.

    Utk dapat loan Skim Belia Tani daripada Bank Pertanian (duit Kem Belia, BPM yang uruskan), kena ada 2 orang penjamin.
    Sebenarnya, susah untuk dapatkan penjamin, kalau pon saya diminta untuk jadi penjamin, memang saya akan fikir banyak kali, camna nak mengelak untuk jadi penjamin. Tu je syarat-syarat bank Pertanian selain kursus.

    Untuk mengelak daripada penjamin, jalankan projek pertanian sendiri, modal sendiri. Tu ja jalan keluar yang saya ada sekarang dan sebenarnya, saya cuba twist apa yang saya ada. Saya ada tanah, tapi saya kekurangan modal. So kalau dapat loan, saya nak buat fertigasi RM30K, tapi sebab susah nak dapat loan, saya buat projek yang saya mampu dulu.

    Jab Belia ada bagi bantuan sehingga RM10K kepada belia tani, tapi kena jalankan projek pertanian dulu. Dan, saya dah plan untuk buat fertigasi bermodalkan sendiri, kira-kira RM5K utk dapatkan bantuan RM10K dan loan RM15K, tapi…. Saya apply utk bantuan awal januari, jawapan yang saya terima, peruntukan untuk tahun ni,2007, dah habis, kena tunggu tahun depan. Fuh! Kalau ada belia yang nak menjalankan projek pertanian, boleh melemahkan semangat dorang dengan segala bentuk cabaran daripada agensi yang terlibat.

    Saya tak kecewa, semangat saya tidak kurang, cuma kena twist apa yang saya ada, sebab saya dah jangka benda ni akan terjadi :D

  3. Affuan on February 17th, 2007 4:08 pm

    Skim makro pun InsyaAllah akan dibuka lepas ni. Ari tu dah nak buka tapi terpaksa disalurkan ke mangsa banjir Johor. So, terpaksa la tunggu lagi kejap. Ntah biler.. :P

  4. Mohd Ashraf on February 19th, 2007 4:05 am

    Saya buat dulu dengan modal yang ada. Lagi pon, kat utara ni, sektor pertanian yang melibatkan sayur-sayuran susah nak dijual. Sebab kena bersaing dengan sayur daripada Thailand. Sayur daripada Thailand murah sebab kos buruh murah, sayur dari Thailand cantik, sebab pakai racun yang betul-betul kuat, kalau pengguna makan, boleh menyebabkan kanser. Tu la realiti petani sekarang dan saya faham kenapa sektor pertanian kurang diceburi, selain daripada petani yang ada sekarang beralih kepada tanaman lain yang kurang atau tiada persaingan langsung daripada Thailand. Pendapat saya, sektor pertanian akan mula mendapat tempat kembali bila sayuran atau buah-buahan daripada Thailand disekat daripada masuk ke Malaysia.

  5. Md. Nasir Ishak on March 30th, 2007 12:49 am

    Saya hendak pinjaman wang sangat susah sangat untuk modal pusingan bahan kih-muih, kerja sambilan ini.

  6. Ric Tan on April 10th, 2007 3:43 pm

    hello, anybody is incharge about this loan? can share with more cleary.free to meet up> i really wean apply loan also, b4 new year, i try few bank, but all reject :( , cos doc not supports enough.
    i am from selangor, seri kembangan

    pls call me direcrtly, or give me your phone, and through from email, thansk ya, Ric 016 409 1034

  7. sukri on June 1st, 2007 1:06 am

    Saya ingin membuat pinjaman macam mana caranya?

    Mohd Ashraf: Untuk pinjaman perniagaan, saudara boleh mohon pinjaman di MARA, Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Pusat Produktiviti Negara (NPC), Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) dan Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (Matrade).

  8. NORSALIHAH BINTI HASSAN on September 26th, 2007 12:54 am

    Saya ingin membuat pinjaman untuk membiayai pelajaran saya tapi saya sukar untuk mendapatkan penjamin. Macam mana caranya?

    Mohd Ashraf: Maaf, saya tak dapat bantu, tapi cuba belajar sambil bekerja part time. Tapi kena ada disiplin. Memang susah belajar sambil bekerja atau buat personal loan. Banyak kerja part time yang boleh buat di IPT. Contoh, translate assigment, typing, design web yang simple-simple. Cuba cari cikgu yang sambung belajar, banyak boleh tolong dorang buat kerja dan jangan lupa minta upah :D

  9. sal on October 31st, 2007 2:28 am

    Mohd Ashraf,
    Menurut mohd Ashraf kita boleh cari duit part time
    Tapi kalau xde masa? huhu

    Mohd Ashraf: Macam ni, cuba bahagi masa… dalam 24 jam, berapa jam masa terbuang begitu saja. Kemudian, cari kerja part time yang anda minat. Jual barang di ruang lelongan pon salah satu kerja part time. Korbankan 30 minit waktu tidur anda untuk check pesanan, masa rehat tengah hari untuk pos barang. Insyaallah, kalau ada kemahuan, di situ ada jalan.

  10. siti on November 6th, 2007 11:38 am

    assalamualaikum,juz cal me siti.siti skang ni pon tgh having d same prob. pening sgguh100x….siti ikut skim francais siswazah under PNS/MECD.dh 8 bln operating under francais…da antar proposal.okla…tp yg herannye knp PNS bagai mbisu..tanye pon tah hape2.klu they all ckp directly siti nye loan reject,ok fine i will try sumthing else or at least siti puas ati la ade gak jawapan walau reject..tp diam je..da lame gile.bkn ape siti nak gune duit nak bt a&P lag,,mcm2 dah planning tp sume hold bcoz of dis kind of prob. mayb karenah birokrasi.mase siti kursus org2 PNS cakap siswazah yg lambat la leka la…duit ade tp siswazah yg xnak buat biz.tp ni siti dah buat bisz,already 8mths…juz think ..so anybuddy yg blh tlg siti dlm kes nih…plzzzz…klu ade saluran yg blh pcepatkan @ confirm siti blh dapatkan loan.
    tanx n regards
    siti

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam siti. Setkan minda bahawa perkara ni salah satu cabaran dalam perniagaan. Kursus tu anjuran bersama MECD? E-mail saya. Saya boleh bagi no kontek orang kat MECD. Bincang dengan dorang macam mana. Kalau nak duit urgent, cuba buat personal loan. Pinjam yang paling minimum atau pinjam berapa banyak yang siti mampu bayar bulanan. Kalau personal loan, bulan depan terus kena bayar. Jadi kena kira betul-betul berapa boleh keluarkan duit untuk bayar loan tu. Tu la yang paling cepat dpt duit. Loan yang goverment kata memang banyak yang belum release. Bukan sebab tiada siswazah yang minta, tapi banyak birokrasi. Memang lambat… Paling cepat pon 6 bulan. Jadi jangan berharap loan kerajaan sebenarnya. Nanti kecewa. Apply loan kerajaan, kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat anggap saja tadak rezeki, cari jalan lain.

    Selain buat personal loan, boleh juga buat saham kat sedara mara atau kawan-kawan. Selepas 12 bulan, baru faedah dibayar. Macam fix deposit. Buatla perjanjian sampai bila faedah tu nak kena bayar kt dorang. Setahun ke, 3 thun ke… selama kedai tu berjalan ke… Ikut kesesuaian. Yang penting, jangan pinjam Along.

  11. azlan on January 29th, 2008 11:12 am

    Askum..trelebh dahulu saya ingin mengucapakn syabas kepada En Ashraf..kerna mempunyai blog yg hebat!!! masalah saya sekarng ialah tanah…saya tak mempunyai tanah untuk mengalihkan tanaman cili yg sy usahakan dlm poly bag sebanyak 100 nie..puas sy cri tanah untuk di sewa d sekitar KL or selangor. tpi xda..mcm mana? Tanah oh tanah…

    Mohd Ashraf: W’salam. Terima kasih. Kena cari tanah luar KL / Selangor. Tapi pastikan anda ada seorang pembantu yang menjaga kebun sepenuh masa dan anda perlu melawat kebun sekurang-kurangnya seminggu sekali. Bila dah jauh, better buat skala besar.

  12. sally on May 16th, 2008 5:43 am

    assalamualaikum…
    en ashraf..sy nak mintak pendapat???
    saya nak buat ternakan kambing..la ni mmg dah ada pun kambing tp cara tradisional la..buat kat belakang rumah..niat di hati nak la tambah ternakan and buat scr commercial la..tp modal mmg takde..mcm ner nak wat pinjaman dengan bank pertanian???perlu penjamin gak ke???thank you

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam Sally, anda boleh berbincang dengan pihak Agro Bank sebab anda dah jalankan projek. InsyaAllah tak susah sebab anda nak besarkan projek, bukan nak mulakan projek.

  13. ta on July 10th, 2008 7:06 am

    assalamualaikum… saya baru nak memulakan projek penternakan cacing.. pada peringkat permulaan saya membeli 10 kilo induk cacing… tapi dalam masa akan datang saya ingin membesarkan projek ini … masalahnya boleka saya membuat pinjaman untuk projek ini…

    Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. InsyaAllah boleh apply loan sebab dah start projek. Selamat berjaya.

  14. AHMAD YA AMRI BIN YACCOB on August 12th, 2008 1:37 pm

    Assalamualaikum…. saya pun bercadang nak membantu kepada sesiapa yang ingin membuat loan perniagaan seperti pertenakan cacing. Saya ada menyedia perkhidmatan membuat kertas kerja untuk menguatkan lagi permohonan anda.

    hubungi saya AmRi : 019 460 4373 / 016 515 2743

  15. yuslina deris on September 3rd, 2008 2:48 pm

    tahniah buat ashraf,pggl sy kak yus.berminat nk ternak kmbing dn lembu.ada modal pun setakat sekor dua kmbing dn seekor lembu.nk buat buat pinjaman tekun tp bagaimana?…nk sewa tnh pun mahal..

    Mohd Ashraf: Terima kasih Kak Yus. Cadangan saya, akak mulakan 1 jenis ternakan dulu. Berdasarkan modal yang akak ada, saya cadangkan akak beli kambing 2 ekor dan pohon untuk besarkan projek ternakan akak.

    Akak perlu ke agensi yang terlibat untuk dapatkan pinjaman. Bukan TEKUN saja, MARA, Pertubuhan Peladang dan Agro Bank juga ada menyediakan pinjaman.

  16. belle on October 8th, 2008 3:06 am

    hello,boleh saya tanya samada sme blh apply bagi non-bumiputera?if cn,blh beritahu apa requirement that i needed?

    Mohd Ashraf: Salam sejahtera. Semua agensi terbuka untuk non bumi kecuali MARA. Anda boleh berhubung dengan agensi-agensi yang terlibat untuk borang dan syarat.

  17. zarul on March 17th, 2009 8:01 pm

    Salam sejastera, Dari apa yang saya dengar Pinjaman pertanian dah dibekukan kat MARA sama mcm pinjaman beli teksi. Tapi satu saja pinjam dengan agensi kerajaan
    ni hati kena banyak sabar la. Muka mesti tak malu, kaki mesti kerap panjat office,
    cakap mesti yes sir, harapan jangan letak mengunung. Dari pengalaman saya nak
    dapat kelulusan MARA pun paling cepat 2 bulan belum kira dpt cek lagi. Tapi sabar
    bukan senang orang nak bagi pinjam 50k bayar balik 5 thn RM930 sebulan. Kalau along mau RM5k sebulan. Sabar macam syed bukhari mula mula pun pinjam MARA jugak.

    Mohd Ashraf: Saya pon dengar pinjaman MARA dibekukan. Tapi ada lagi pinjaman lain…. Jabatan Belia, TEKUN, Amanah Ikhtiar, Agro Bank. Setakat yang saya tau, TEKUN paling cepat dapat pinjaman kalau semua dokumen dipenuhi.

Leave a Reply