Kewajipan dalam tanaman cili
Posted by Mohd AshrafFeb 1
Assalamualaikum
Lama saya tidak menulis sebab agak sibuk kebelakangan ni. Kali ini saya nak ceritakan tentang kewajipan dalam tanaman cili. Perkara paling penting yang anda harus lakukan adalah meracun pokok cili anda, sebab pokok cili senang kena serangan serangga.
Dalam sistem fertigasi, pembajaan dan pengairan dilakukan secara automatik, jadi tiada masalah. Tapi dari segi serangan serangga, pengendalian racun serangga antara tanaman cili secara fertigasi dan atas tanah adalah sama. Daripada pengalaman saya dan perbualan dengan beberapa orang rakan, cili besar tidak sama dengan cili kecil atau orang kampung sebut cili/cabai burung atau cili/cabai Melaka. Cili/cabai burung atau cili/cabai Melaka lebih kebal daripada serangan serangga.
Sebab tu kalau kat kampung-kampung, mudah untuk nampak pokok cili kecil ni, berbanding dengan cili besar, sebab penjagaannya yang sukar dan banyak serangga perosak yang gemar kepada pokok cili besar.
Semburan racun serangga perlu dilakukan seminggu sekali, sebelum kena serangan lagi, sebab “lebih baik mencegah daripada mengubati”. Pokok cili yang dah kena serangan memang boleh diubati, tetapi kadang-kadang susah jugak nak ubati pokok-pokok ni. Semburan seminggu sekali tu dari pokok masih kecil lagi hinggalah tamat riwayat pokok. Ada yang bertanya saya, kalau pokok dah berbuah macam mana? Memang pokok cili perlu semburan racun serangga walaupon dah berbuah. Sebolehnya, pakailah racun yang kurang kuat, kelas 3 ke atas agar tidak membahayakan pengguna.
Kalau boleh, gunakan jenama racun yang berbeza-beza setiap kali meracun supaya serangga tidak imun dengan racun yang kita gunakan. Tapi, buat meraka yang bermula dari kecil dan modal tidak besar, pakai 1 jenama pon boleh, untuk musim yang seterusnya, beli jenama lain.
Kalau ladang tu besar, 1 botol racun tidak cukup untuk semusim, jadi boleh beli jenama lain pula bila racun tu dah habis.
Untuk pakaian meracun pula, pastikan anada menutup keseluruhan badan, sekurang-kurangnya seperti dibawah untuk menjaga jangka hayat hidup anda. Jangan sambil lewa kerana anda sedang menggunakan racun dan bila dinamakan “racun”, ia boleh memudaratkan anda.












Assalamaualaikum?
Dengan menggunakan set uniform tu, adakah kita benar2 selamat dari terkena racun. Bukan apa sy allergic sgt dgn racun. Klau terbau ubat nyamuk spray pun dah sakit kepala…Inikan sebulan 4 kali. Tgh dok cari idea..
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam.Apa yang saya pakai tu, tak berapa selamat juga. Tu adalah lindungan paling minimum
asalamualaikum…
apakah nama racun yang sesuai di gunakan dan bagaimana hendak mempeolehinya?
Mohd Ashraf: Waalaikummusalam. Racun boleh dibeli di kedai-kedai pertanian. Setiap seranggan dan penyakit mempunyai racun yang berlainan.
assalamkum m.ashraf, saya pun dah tanam pokok cili dan insyaallah mg depan boleh dah ambik hasil untuk 2500 poko yang pertama ni dan yang batch ke-2 baru 1 minggu transplant…cuma saya nak berkongsi ngan asyraf saya masih baru dan banyak kena belajar paling utama tentang penyakit…dan cara campurannya..
Mohd Ashraf; W’salam. InsyaAllah saya sedia membantu. Selamat berjaya
asslmkum mr ashraf..Ari ni tanggal 15hb April saya dah mula mengutip hasil..alhamdulillah ada la sikit..tapi pokok saya banyak yang x berapa elok kata kawan saya byk kena kutu trip..pening kepala saya tapi petang nanti saya nek cuba guna racun Avemec …agak2 Mr Ashraf camna?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Ya, boleh guna avamec. Kena juga sembur racun kulat, sebab buah mudah kena penyakit antraknos musim hujan.
asslmkum…saudara ashraf ..saya dah pun menyemai pokok baru. hari ini dah usianya15 hari…2 ari lepas saya ada melakukan semburan racun untuk anak benih iaitu score…setengah2 anak daun nampak layu…adakah ini disebabkan racun…lagi 1 jika di kawasan pokok kita x nampak ada serangan serangga perlukah kita meracun.tima kasih.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Kalau pokok masih lagi kecil, seeloknya guna racun kurang daripada yang disyorkan pada label. Ada 2 cara meracun. 1 untuk pencegahan, sebelum kena serangan, kita dah sembur racun. 1 lagi cara, sembur bila kena serangan saja dan pada pokok yang kena serangan saja. Pilihan terletak pada pengusaha.
salam…saya nak tanam dalam 50 pokok belakang rumah saya …tapi macam mana nak cari pasaran..saya nak jual kat siapa…tq
Mohd Ashraf: Kalau 50 pokok, jual kat jiran.
Pokok cili saya kena penyakit. daun nya jadi layu dan buah bertukar dari hijau ke coklat. Racun apa baik perlu saya pakai dan kaedah semburannya bagaimana?
Mohd Ashraf: Pokok anda kena antraknos, mungkin sebab hujan, sila gunakan racun Top M @ Flint + Antracol 70WP @ 0.25g + 1.5g/L untuk pencegahan
Saya baru ingin menceburi bidang tanaman cili kampung,saya ingin bertanya berapa banyak pokok yang dapat ditanam dalam seekar tanah dan anggaran kosnya, terima kasih
Mohd Ashraf: Seekar tanah lebih kurang 4000 pokok. Harga lebih kurang RM11600
terima kasih atas jawpan yang diberikan, saya ingin bertanya berapa banyak hasil yang dapat dikeluarkan bagi satu pokok(dalam sebulan)dan jangka hayat pokok cili berapa lama..terima kasih.
Mohd Ashraf: En Yuszaine,
Anda boleh dapatkan Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi di link di bawah. Ianya percuma.
http://mohdashraf.com/v1/ebook/panduan-asas-tanaman-cili-secara-fertigasi/
kenapa pokok cili jarang berbuah merah .. hijau je time nampak tua gugur.. tak sempat merah apasebab?
Mohd Ashraf: Mungkin kena antraknos, bole beli racun antraknos kat kedai pertanian. Masalah ni adalah biasa kalau musim hujan kecuali anda ada rain shelter.
bg yg baru nak berjinak dgn tanaman lada nii..brape kos permulaan(modal) andai kata nak tanam dalam setengah ekar tanah….
Mohd Ashraf: Setengah ekar lebih kurang 2000 polibeg. Kos lebih kurang RM9,000
1 Saya cuba nak berjinak dengan cili,kawsan tanah sawah yg tak diusahakan sesuai ke utk tanaman cili ni tuan… ?
2. keluasannye tak luas sangat,kurang ckit 1 hektar. ukuran tepat tak pasti. boleh muat ke 1000 pokok?
Step yg pertama sekali perlu dilakukan oleh seseorang yg nak memulakan tanaman cili..?
Mohd Ashraf:
1. Cili alah dengan racun yang disembur kat bendang. Jadi pastikan tadak bendang yang masih lagi diusahakan. Selain tu, buat batas untuk elak pokok daripada terendam dalam air.
2. en Yie, kalau 1000 polibeg perlu 100kaki x 100 kaki saja. Sikit saja kawasan yang diperlukan.
alhamdulillah…tq
1. bendang ni rasanya dah 15 tahun tak ada… rasa nye racun ni ada kesan lagi tak? ikutkepakaran tuan la .
2. mingu ni saya nak balik kg nak tgk lagi sekali… then ingat nak cuba prgi jumpa org pertubuhan peladang… n yg berkaitan .nanti saya inform lagi apa perkembangan bile balik cni semula…
Mohd Ashraf: Kalau bendang tak diusahakan tiada masalah. Selamat maju jaya!
Ashraf,
Boleh ke penyakit cili dibendung jika kita guna semburan em(effective microorganisme) dan membaja dengan baja cacing. Apa kelebihan baja cacing ini?
Mohd Ashraf: En Azhar, saya belum pernah dengar EM (Efficient Microbes) boleh kawal penyakit cili. Kalau dirujuk balik pada fungsi EM, tadak pula rationalnya EM boleh bendung penyakit cili. Tapi ni berdasarkan logik akal saya, sebab saya belum pernah jumpa orang guna EM untuk bendung penyakit cili. Kalau ada orang guna dan berjaya, satu lagi ilmu baru bagi saya.
Banyak kelebihan baja cacing, antaranya boleh kembalikan kesuburan tanah. Saya suka juga dengan baja cacing, sebab kita guna apa yang Allah dah aturkan dimuka bumi. ( Fungsi cacing untuk gembur dan suburkan tanah). Saya belum pernah cuba guna baja cacing dalam fertigasi. Tapi insyaAllah memang teringin nak cuba.
BERAPA KALI IA BOLEH DIPETIK HASILNYA…
Mohd Ashraf: Selepas 3 bulan dipindahkan ke polibeg, dah boleh petik hasil yang pertama. Kemudian buah dipetik setiap hari atau 2 hari sekali selama 3 bulan.
menaman cili besar lebih baik dari menanam atas tanah @ polibeg?
cili besar & cili kecil yang manakah lebih senang di jaga serta mendapat pendapatan yang cepat serta lebih menguntungkan?
Mohd Ashraf: Kalau cili besar, saya cadangkan dalam polibeg. Sebab pokok dijamin tiada penyakit bawaan tanah. Tapi kalau confirm tempt tu tiada penyakit fusarium, boleh tanam terus atas tanah. Penyakit fusarium ni tadak ubat.
Cili kecil mudah jaga. Tapi nak dapat 1 kg, perlukan beratus2 biji. Kena ada ramai orang untuk pungut.
En Ashraf,
Saya tinggal di tingkat 3 sebuah apartmen. Saya menanam cili lebih kurang 50 buah pokok dalam pasu dgn meletaknya di balconi. Ejen pendebungaan seperti kumbang dan lebah jarang hinggap ke bunga cili kecuali beberapa ekor semut.
Apakah cara terbaik untuk pendebungaan?
Terima kasih.
Mohd Ashraf: En Taib, kalau pokok cili bergoyang pon boleh. Jadi pastikan pokok boleh kena angin untuk bergoyang.
Salam,
En. Ashraf.
Saya menanam cili sebagai hobi di rumah, baru2 ini pokok2 cili saya menjadi kecut pada daun mudanya…apa yang patut sy buat.
Terima kasih.
Mohd Ashraf: Salam, cuba ambil kanta dan lihat di bawah daun. Jika ada serangga, mungkin kena serangan serangga. Jika tiasa serangga, mungkin kena serangan pada akar.
boleh ke hantar e book/panduan asas tanaman cili cara fertigasi kepada saya.
tq & selamat maju jaya.
Mohd Ashraf: En ikhwan hanya perlu isi form di sini http://abiagro.com.my/v1/ atau di sini http://mohdashraf.com/v1/ebook/panduan-asas-tanaman-cili-secara-fertigasi/ , kemudian buku panduan akan dihantar secara automatik ke email anda.