Kursus Usahawan Tani Rakan Muda
23-25 Jun yang lalu, saya ikuti Kursus Usahawan Tani Rakan Muda di Wang Kelian, Perlis. Tujuan utama saya ke sana hanyalah untuk melawat sektor pertanian dan asas tani yang terdapat di Negeri Perlis. Sebanyak 6 tempat telah kami lawati.
1. Penternakan lembu fidlot
2. Perniagaan lanskap
3. Penternakan kambing fidlot
4. Tanaman mangga sala menggunakan teknologi
5. Pembuatan mini popia
6. Pembuatan roti arab
Sedikit sebanyak saya dapat pengetahuan dalam 6 bidang pertanian. Hanya tanaman mangga sahaja yang boleh dilakukan separuh masa. Yang lainnya, kena lakukan sepenuh masa. Apa yang nak saya kongsikan di sini, kalau anda nak involve dalam pertanian, anda perlu memikirkan cara untuk jimatkan kos dan mendapat untung yang lebih.
Sebagai contoh, kalau anda ingin pelihara kambing, sepatutnya tinggi kandang kambing adalah 2 meter dari tanah, untuk memudahkan pembersihan najis dan juga untuk pengudaraan. Itu adalah terori daripada buku. Tapi apa yang saya lihat di ladang ternakan kambing, ketinggian kandang adalah lebih kurang 1 meter saja. Saya bertanya kepada pegawai yang bertanggung jawab menguruskan ladang kambing tersebut, kenapakah kandang kambing di ladang ini rendah?
Jawapan yang saya terima, kalau dalam perniagaan, kita kena kurangkan kos. Sebab hasil (iaitu kambing) yang kita nak, bukan fasiliti (kandang kambing). Jadi, kalau saudara/saudari ingin memulakan sesuatu perniagaan, ada perkara yang boleh kita kurangkan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih. Memang akan terdapat sedikit masalah bila kita kurangkan fasiliti, tapi masalah tersebut boleh diatasi.
Sebagai contoh, kambing akan mendapat penyakit kalau kandangnya rendah, tetapi penyakit tersebut boleh diubati. Dan ubat yang digunakan lebih murah daripada penyediaan kandang mengikut spesifikasi
Mengenai PenulisMohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Comments
23 Responses to “Kursus Usahawan Tani Rakan Muda”
Leave a Reply











Saya berminat nak mulakan ternakan lembu fidlot. Mulakan dng kandang ala kadar sahaja utk nak dapatkan pinjaman, maklumlah modal kecil. Utk nak dapatkan bekalan lembu tu, dari Jabatan Haiwan ke… ada apa-apa syarat tak..Atau ada lain-lain agensi yg boleh kita perolehi dng cara murah… atau subsidi ke. Seperkara lagi bagaimana nak dapatkan pasaran, adakah persatuan peladang boleh membantu dalam hal ini. Atau En Ashraf sendiri ada pengetahuan nak dapatkan pasarannya.
Sekin, terima kasih.
Mohd Ashraf: Tahniah sebab minat untuk cebur diri dalam bidang penternakan. Buat permulaan, untuk dapatkan bekalan lembu, boleh beli di jabatan haiwan. Syarat yang diperlukan adalah duit sahaja
. Ini buat permulaan, sebab anda kena bela lembu dulu, baru boleh minta bantuan. Beli seekor pon bole. Kemudian, selepas dah beli lembu, dalam masa sebulan, pergi balik ke jabatan haiwan, minta jabatan haiwan untuk tambah lembu. Nanti ada bantuan yang jabatan haiwan berikan. Sebab apa saya cakap sebulan? Untuk anda mahirkan diri dalam bela lembu fidlot. Cara nak bagi makan, mandi dan sebagainya.
Lembu fidlot makan hari-hari. Setiap masa ada makanan di tempat makan. Pastu ada masa, kena mandikan lembu tu. Bila lembu dah mandi, dia akan rasa lapar. Jadi lembu akan makan sepanjang masa, dan berat akan cepat bertambah. Perlu di ingat, anda nak jual lembu, jadi memang lembu kena makan banyak. Lagi satu, kandang tak perlu buat elok2, sebab yang kita perlukan, hanya hasil (lembu), bukan kita nak kandang. Kalau ada duit lebih, boleh la buat kandang elok-elok.
Pasaran jangan risau,sebab daging lembu dan kambing di pasaran Malaysia ni kurang. Tambah lagi, dekat bulan posa. Untuk pasaran, kalau malas, boleh terus tolak kat FAMA, tapi, FAMA akan beli murah. Kalau rajin sikit-sikit, boleh pergi pasar, bagitau kat tokey daging, anda nak jual lembu. Kalau lagi rajin, boleh lapah lembu tu, dan jual daging kat penjual di pasar. Kalau lagi-lagi rajin, lapah dan jual daging kat kedai makan. Supply direct ke kedai makan. Kalau mampu, lapah dan terus jual daging sendiri. Pulangan pon lebih.
assalamualaikum bang,sy ni pelajar dr AKADEMI TENTERA MALAYSIA dan berumur 19 tahun,sy sebenarnya amat berminat dlm penternakan kambing ni,skrg sy dh ada
12 ekor kambing katjang,sebuah kandang dan tanah yg agak luas,walaubagai manapun,bkn sy yg mnjaga kmbing ni,tp sy menyuruh orng lain mnjaganya,sy tidak mengupah nya,sebaliknya mmbuat prjanjian jika kmbin sy brsalin,dia akan dapt anak tu,selepas itu sy dan seterusnya brgilir gilir.sy brhajat utk membela seramai 30 ekor pd peringkat prmulaan,tp sy tidak tahu berapakah bajet yg sesuai perlu sy sdiakan utk menyediakan kandang kambing yg kos nya murah dan selesa utk kmbing sy.jd sy harap abg dpt memberi komen brkenaan dgn minat sy ini dan memberikan sy sedikt panadangan dan tunjuk ajar.wassalam
Mohd Ashraf: Tahniah sebab mencebur diri dalam penternakan. Berapa saiz kandang yang ada sekarang? Kalau 20 kaki x 30 kaki, dah boleh bela 30 ekor kambing. Tapi bukan kambing feedlot. Kandang tu khas untuk kambing tidur waktu malam. Siang, lepaskn kambing kat padang. Kos kandang mengikut tempat. RM6K utk kandang 20 ‘ x 30 ‘ tapi pakai kayu terpakai.
assalam.saya baru nak berjinak dgn pertenakan lembu atau kambing,saya ada tanah dan sedikit modal.bagaimana saya nak memulakan perniagaan dan bagaimana dengan pasaran.thanx
Mohd Ashraf: Kajian pasaran perlu dilakukan sebelum nak mula sesuatu projek pertanian. Tapi dalam kes Syaiful, permintaan daging kambing dan daging lembu melebihi pengeluaran. Jadi, jangan risau tentang pasaran. Insyaallah tadak masalah pasaran untuk penternak lembu atau kambing. Kalau dah ada modal dan tanah, boleh terus start buat kandang, tapi sebelum tu, modal yang ada kena bahagi 4.
a) pembinaan kandang,
b) pembelian lembu/kambing
c) makanan lembu
d) ubat-ubatan.
Kandang tu boleh buat guna kayu terpakai. Ramai penternak yang terlupa simpan modal untuk makanan dan juga ubat-ubatan ternakan. Jadi, buat pembahagian modal sebaik-baiknya supaya tadak masalah kekurangan modal untuk beli makanan dan juga ubatan. Bila mula dengan modal yang ada, cuba bela lembu/kambing tu dulu, kemudian bila dah yakin, boleh start buat pinjaman. Tapi saya syorkan minta skim bantuan belia. Kementerian Belia bagi percuma je duit skim bantuan tu. Selamat berjaya.
saya berminat menjalankan perniagaan sambilan berkaitan perternakaan ikan dalam kolam.saya minta jasa baik tuan untuk memberi pandangan dari segi pelbagai aspek serta perancangan yang boleh membantu saya.terima kasih atas budi baik tuan.
Mohd Ashraf: Untuk penternakan ikan, beberapa perkara perlu di ambil kira:
1) Kenalpasti pasaran
2) Jenis ikan yang ingin dipelihara, cara penjagaan serta teknik penternakan
3) Tempat mendapatkan anak ikan dan makanan ikan
4) Peralatan yang perlu ada
Kalau semua ni dah lengkap, insyaallah tiada masalah. Selamat berjaya!
askm… saudara ashraf nie dah berapa lama buat penternakan kambing nie..so far saya pun mula berjinak2 dlm bidang nie..
dari apa yang diketahui, penternakan kambing or lembu cara fidlot nie memerlukan kos yang agak tinggi..
apa yang ingin saya lakukan ialah cara separa intensif… lepas di dlm kawasan berpagar ditambah ngan makanan tambahan..
kerana bidang penternakan nie bidang baru bagi saya kerana saya ada keje saya.. dan penternakan ini dibuat secara part time.. ada org lain yg uruskan..
dimana agknya kursus atau ceramah berkaitan bidang ini yang bleh saya hadiri utk memahami dgn lebih lanjut bidang ini..
so kalau mengikut pandangan saudara, antara kambing dan lembu .. mana margin yang tinggi dari segi keuntungan dan permintaan..
minta nasihat…
Mohd Ashraf: W’salam en Hairul. Saya hanya buat fertigasi cili dan tomato. Belum lagi menceburi bidang penternakan. Ilmu dalam bidang penternakan saya perolehi daripada pembelajaran saya serta pengalaman orang lain.
Boleh juga dibuat penternakan intensif dalam penternakan lembu dan kambing. Cara ini bole membuatkan lembu atau kambing lebih selesa dan bila lembu atau kambing selesa, dipercayai dagingnya akan lebih sedap.
Untuk margin keuntungan lembu dan kambing, saya pernah hurai sebelum ni. Saya paste kat sini… Daging kambing dan lembu memang banyak permintaan di Malaysia. Sebenarnya tak cukup pun daging tu dalam Malaysia. Sebab tu terpaksa import dari luar. Kalau ternak lembu, permintaan memang banyak, sebab setiap hari orang makan daging lembu. Boleh check di kedai makan. Setiap hari ada masakan daging lembu. Jarang kita boleh jumpa daging kambing. Bila buat lembu fidlot, 3 bulan dah boleh jual. Harga lembu pulak mahal berbanding kambing. Daging kambing pulak, walaupon jarang kita jumpa di kedai makan, tapi memang ada permintaan, sebab bekalan tak cukup. Walaupon harga kambing murah, tapi kambing perlukan hanya kawasan kecik ja. Tak macam lembu yang perlukan kawasan yang luas. Jadi bilangan kambing bole dipelihara lebih banyak daripada lembu. Apa-apa pon, cuba fikir-fikir tentang pembeli dulu, berapa banyak pembeli yang bole difikirkan di kawasan anda? Pembeli kambing atau lembu? Fikir juga persaingan dengan penternak setempat.
salam sedara ashraf,
saya ni berminat nak menternak lembu daging.
thanks a lot sebb banyak benda yang saya dah tahu bila tgk web ni.
sekarang semangat sy lagi bertambah nak join bidang penternakan lembu ni.
Mohd Ashraf: Salam, selamat berjaya dan jangan putus asa
saya berminat untuk memulakan penternakan lembu/kambing. saya mempunyai tanah untuk menternak. cuma sekarang ni saya inggin tahu anggaran modal permulaan untuk penternakan.. sbb nak buat bujet , maklumlah ada anak bini yang nak disara..
saya dah ada tanah / dan ada org yang boleh pinjamkan 3 ekor lembu untuk saya mulakan penternakan.. tapi saya ingin tahu kos untuk memagar/makanan/air/kandang lingkungan berapa ?
terima kasih
Mohd Ashraf: En yusoff, boleh tengok link ni CADANGAN PROJEK LEMBU FIDLOT. Kandang yang dia buat tu betul2 jimat. Guna kayu terpakai. Jadi, jangan keluarkan modal banyak sangat. Gunakan kayu terpakai untuk buat pagar. Kalau jiran saya ni, dia ikat saja lembu2 dia tu, tak pakai pagar pon. Hanya ada kandang tempat lembu tidur/ berteduh. Makanan pula, dia hanya beri rumput, potong rumput/ lalang kat tepi jalan dan beri makan lembu. Untuk permulaan, fasiliti tak perlu buat elok-elok, tumpukan pada penjagaan lembu untuk jual lembu di kemudian hari. Kecuali kalau anda ada peruntukan.
saya baru sahaja menerima ijazah sarjana muda sains makanan dan kini bergelar penggangur. saya berharap peluang perniagaan dapat membantu saya membina masa depan yang lebih cerah. walaubagaimanapun bidang perternakan lembu atau kambing yang ingin saya sertai ini diluar bidang saya dan bolehkah encik ashraf membantu saya dalam menceburi bidang ini. saya berharap pihak mohd ashraf dapat membantu saya dalam menceburi bidang ini….disini saya sertai no telefon saya….0179709691…..diharap pihak tuan dapat menghubungi saya bagi menjelaskan selok belok dalam menternak lembu dan kambing….atau pihak tuan dapat emailkan sahaja pada alamat email yang saya berikan…kerjasama pihak tuan amat saya hargai….
??) Bila dapat tawaran kerja dan pada masa sama, bisnes slow, kemungkinan besar anda akan terima tawaran kerja tersebut dan tinggalkan bisnes. Tambahan kalau buat penternakan, kena tunggu setahun baru boleh jual. Jadi, renung-renungkan…. apakah matlamat anda?
Mohd Ashraf: Kena tanya diri sendiri, anda nak bisnes sebab tiada kerja atau sebab memang ingin bekerja sendiri? Ramai yang saya dengar, ingin berniaga sebab tiada kerja, tapi bila dapat kerja, terus tinggalkan perniagaan/projek yang telah dijalankan. Pendapat saya, kalau betul-betul ingin menjalankan perniagaan, jangan apply kerja lain, teruskan dengan bisnes sebab bukan senang nak senang, dan bisnes bukannya senang. Banyak cabaran yang boleh melemahkan semangat anda. Tambah lagi kalau anda buka bisnes dan apply kerja, (kalau dah niat nak buka bisnes, buat apa apply kerja
assalamualaikum..
saya bercadang nak bela kambing susu.sebagai permulaan, saya nak bela 1-2 ekor shj, dan buat kandang di belakang rumah. saya masih bekerja.saya ingin jadikan kerja penternakan ni sbg sampingan. apa pendapat tuan? Sekiranya saya dah stabil sikit, baru saya libatkan diri secara langsung. Saya pernah pergi Jabatan Haiwan dan bertanyakan tentang bantuan, diorang ckp kena start bela dulu, baru diorang bantu. Agak2 berapakah modal permulaan saya? Perlu ke saya hadiri kursus dulu, kemudian baru beli kambing?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Kena ada ilmu dulu untuk bela kambing, leceh sikit haiwan ini. Nak ilmu free dan lambat, tanya orang yang dah pernah bela kambing, nak cepat dan kena bayar, ikut kursus. Dalam kursus akan diajar dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Modal untuk 2 ekor baka kambing, RM2000. Kandang boleh buat guna kayu terpakai.
assalamualaikum……
saya bercadang nak menternak itik daging dan itik telur.Buat permulaan saya nak ternak dalam 50 ekor sahaja.Saya hanya menternak di rumah saya,memandangkan rumah saya bersebelahan sungai,saya juga mempunyai kolam ikan(size kolan kecil sahaja).Saya membuat secara sampingan sahaja.Saya nak minta pandangan dari pihak tuan.Kalau hasil berjaya saya nak memberi tumpuan sepenuh masa.saya juga mahu khimat nasihat,panduan serta teknik-teknik menjadi usahawan muda yang berjaya.
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Jangan putus asa. Banyak cabaran kalau nak berjaya. Semoga anda berjaya ternak itik.
Salam…
Saya bercadang nak bela lembu daging..saya ada sedikit modal, tapi masalah saya susah saya nak cari baka yang umur bawah 2 tahun saya dah pergi jabatan haiwan tapi dia cadangkan saya beli dengan penternak tapi harganya cukup tinggi. lagi satu saya nak tanya wajib ke saya pergi kursus terlebih dahulu memandangkan saya tiada pengalaman langsung dalam penternakan lembu? berapa anggaran sebenarnya anak lembu bawah 2 tahun dan di mana saya patut perolehi baka dengan harga berpatutan
Mohd Ashraf: Salam, harga baka memang mahal. Sebab baka yang baik akan menentukan anak baka tersebut sihat dan berkualiti. Saya syorkan anda ikut kursus dengan Jabatan Haiwan, kalau taknak kursus, anda boleh belajar daripada pengalaman sendiri. Kena rajin bertanya dan sanggup tanggung risiko. Kalau iikut kursus, kita dah boleh jangka apa penyakit yang mungkin di hadapi dan cara pencegahan dan rawatan, pemakanan mengikut peringkat umur, siapa yang perlu dihubungi jika sesuatu berlaku dan sebagainya.
i try ternak itik telurr,kuatt sangat itik makan,utk 50 ekor saja seguni seminggu dan kan meningkat bila dia makin membesarrrr.camner nk cari n wat makanan altanatif?
Mohd Ashraf: Makanan itik perlu terdiri daripada protein, lemak, serat kasar, vitamin dan mineral. Antaranya adalah batang rumbia, nasi yang dicampur air dan ikan, beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, batu kapur, jagung, sisa makanan
Askum…saya sekarang belajar cara-cara penternakan di j.p.h di tahap 1,,sekarang saya tidak mahu sambung sampai tahap 3 krn yakin dapat menguruskan dgn baik jika buat bisne3s sendiri,,jadi saya tidak ader masalah dgn cra menternak dan penjagaan lembu..cuma sekarang saya nak tahu pendapat saudara…samada membela lembu fidlot lebih baik atau secara integrasi?…modal ditangan saya sekarang ader dlm rm35 ribu…aper yg harus saya lakukan dulu?saya bercadang ingin memulakan dibelakang rumah kawasan kampung….
Mohd Ashraf: W’salam. Bagi saya, fidlot paling bagus kalau ada pasaran. Duit lagi cepat masuk.
assalamualaikum en.ashraf…saya berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian…saye berfikir untuk bermula dengan tanaman buahan tempatan yang mempunyai permintaan yang tinggi di negara kita…saya ingin mengetahui pandangan dan cadangan dari en.ashraf sendiri…
memandangkan saya tidak mempunyai pengalam dan hanya berbekalkan pengalaman menanam pokok buahan sejak kecil dan secara kecil-kecilan…saya ingin menghadiri kursus yang berkaitan untuk menambah ilmu pengetahuan…jadi dimanakah kursus dan tempat yang sesuai untuk saya hadiri?
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam. Sepengetahuan saya, tiada kursus untuk pokok buah-buahan, jadi perlu sentiasa berhubung dengan pegawai pertanian. Kat website Kem Pertanian ada Dr Pokok, just bertanya di sana masalah pokok. Untuk melengkapkan diri, Mardi Serdang ada jual buku berkenaan penyakit pokok. Boleh berhubung dengan Mardi untuk mendapatkan buku ni.
as`kum..sy berminat dgn pertanian terutamanya hasil yg kluar jangka masa pendek seperti cili,tomato,tembikai..di mana blh sy dpt info or kursus yg berkaitan..
Mohd Ashraf: w’salam en syed, cuba hubungi Mardi atau Jabatan Pertanian untuk kursus berkaitan
askum…
saya tak mempunyai apa2. tanah takda. apa pun takda. modal pun takda. pemgalaman pun takda. saya cadang nak pergi kursus pertanian dan peternakan. saya bercadang nak buka ladang ayam. tapi yang merunsingkan kepala saya sekarang ialah tiada tempat nak buka ladang tu. boleh tak encik tolong bagi pandangan ke akar umbi apa yang patut saya lakukankan untuk membuat bisnes ini. terima kasih….
Mohd Ashraf: Wsalam. Saya cadangkan anda ikuti dulu kursus tersebut. Kemudian cari tanah untuk disewa. Boleh juga sewa tanah di ladang kelapa sawit. Tapi kena bincang dengan pengusaha ladang la.
salam..saya berminat dalam penternakan lembu fidlot ni.saya nak tahu anggaran modal yang perlu untuk disediakan untuk membeli baka lembu,kandang,makanan dan ubat-ubatan.tanah di kawasan manakah yang sesuai untuk penternakan lembu fidlot tersebut?sebab mak mertua saya ada ladang kelapa sawit.
Mohd Ashraf: Salam. En Azli boleh buat projek tersebut di dalam ladang kelapa sawit. Modal bergantung kepada berapa besar dan berapa banyak wang yang en sanggup laburkan samada melalui wang sendiri atau pinjaman.
assalamualaikum pd ashraf dan kalian semua,
saya ada bekalan sayuran yang di reject…dlm lbh kurang 100kg sehari, seperti sawi,bayam dll elok untuk pengusaha lembu, kambing, itik dan ternakan yang makan sayur. HARGA MURAH JE.
kawasan area serendah. kalau berminat talipon saya atau email kat donohm@gmail.com
Assalamualaikum,
Terima kasih , saudara Asyraf , Info yang menarik dan berguna untuk bakal-bakal usahawan tani yang baru mula berjinak jinak dalam bidang ini…
Saya mewakili pihak jualan lembu malaysia mengucapkan selamat datang kepada semua para penggiat dalam bidang ini , moga-moga sama-sama kita menempuh kejayaan . Amiin..
———————————–
Wakil Jualan Lembu Malaysia , Layari :
http://lembumalaysia.blogspot.com/
Salam Ukhuwwah – Wassalam.
Mohd Ashraf: Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.
askum..
Saya nak bertanya, saya seorang student tpi berminat dalam penternakan dan bercadang untuk turut serta dalam bidang ini. Sepengethuan saya, kita perlu start bela lembu dalam masa sebulan before dapat pinjamn dripada jabtan haiwan, tpi bila saya layari internet, saya terjumpa laman web bank pertanian malaysia, di situ sya dapati pinjaman bercagar penuh. Tiadakah pinjaman yang disediakan tnpa cagaran kerana hal ini amat sush bagi sy.Dimanakah jabatan yang dapat member maklumat pasal tanah yg dpt disewa atau dibeli.terima kasih
Mohd Ashraf: W’salam. Kem Belia dan Sukan tak perlukan cagaran dan penjamin. TEKUN pula tak perlukan penjamin.
salam. sila bantu saya. saya seorang guru baru setahun berkhidmat, saya MINAT SANGAT DENGAN TERNAKAN LEMBU.zaman remaja saya juga sudah bergelumang dengan ternakan lembu secara integrasi.dari universiti lagi saya memang tanam impian. tapi atas nasihat kawan dan saudara2 saya apply mohon jadi cikgu atas alasan mencari modal.namun kini saya lihat peluang untuk menternak atau berniaga ini sangat banyak. modal bukan satu masalah bagi pendapat saya.banyak yang saya fikirkan untuk mengejar cita2 ini, bekeluarga, keperluan kehidupan semasa dan mcm2 lagi. sila bagi jalan keluar n nasihat berguna untuk saya.
Mohd Ashraf: Salam cikgu Adil. Mulakan dengan perancangan. Dapatkan tanah, bina kandang, beli lembu, cari pekerja. Jangan peduli apa orang nak kata. Buat secara berdikit-dikit. Anda banyak kelebihan sebagai seorang cikgu. Ramai cikgu yang saya jumpa menjalankan perniagaan sampingan.
salam en…
saya ingin bertanya b0le??
saya bakal graduan thn dpn insya allah…
tp saya berminat dgn penternakan kambing…
saya ingin bertnya kpd en, di manakah tempat saya b0leh dpatkn peruntukn untuk siswazah ye??
ade yang sy tgk untuk siswazah tp bkn untuk penternakan tapi untuk peruncitan…
b0leh tak pihak en senaraikn mana2 skim yang sesuai untuk lepasan siswazah bagi penternakan…
tetapi tidak memerlukan cagaran sebab saya tiada apa2 yg untuk dicagarkan…
huhuuu…
macey…;)
Mohd Ashraf: Cuba pinjaman Belia Tani. Tanpa cagaran sehingga RM15K
Akun,ruangan ini memang baik untuk semua yang ingin menjadi ushawan tani.saya sendiri membela lembu secara fidlot.tak berapa susah asalkan kita rajin.sesiapa yang ingin memulakannya bolehlah call saya di 016 6685873 abang ngah.Insyaallah saya akan berkongsi pengalaman dengan anda.Saya pun ada menjual lembu2 pedaging.Terima kasih kpd sdra Ahmad Ashraf.Semoga ruangan anda ini akan sentiasa melahirkan ushawan yang berjaya suatu hari nanti,