Assalamualaikum
Banyak pertanyaan yang saya terima macam mana nak mula projek pertanian.

Di sini saya ceritakan dengan ringkas, apa yang saya buat sebelum ceburi bidang pertanian.

1. Mula-mula, saya buat research tentang projek pertanian atau penternakan yang berdaya maju. Rupanya kebanyakan projek pertanian dan penternakan semuanya berdaya maju, KALAU dibuat dengan bersungguh-sungguh :D

2. Saya cari apa minat saya, dan apa kemampuan saya. Setelah kajian yang mendalam, saya berminat dalam fertigasi. Sebab, saya ada tanah yang kecil (0.2 hektar) sahaja dan fertigasi dapat beri pulangan yang banyak dengan tanah yang sedikit.

3. Saya buat research yang mendalam tentang fertigasi melalui pembacaan dan kursus.

4. Lepas yakin dengan apa yang akan saya lakukan, saya kumpul modal dan siapkan tempat projek.

5. Saya mulakan dengan projek berskala kecil, untuk mempelajari tentang selok belok pokok.

6. Kemudian, jumpa dengan pegawai Belia, pegawai Jabatan Pertanian, pegawai Pertubuhan Peladang atau pegawai MARA, apply bantuan atau loan untuk besarkan projek.

Semoga cara saya ni, dapat bagi idea macam mana nak ceburi bidang pertanian. Suatu bidang yang mencabar tapi boleh bagi pulangan yang menggembirakan setiap pengusaha jika dilakukan dengan sebaik-baiknya.

Related Posts with Thumbnails