Apa tu memanching? hehe Saja je nak tulis tajuk memanching, sebenarnya saya nak cerita pasal PHISHING.

Pagi ni, bila saya buka email, saya dapat 1 email daripada eBay member yang menarik perhatian saya.

ebay-phishing.jpg" alt="" />

Dalam hati… ikh! bila pulak saya pernah dapat order daripada automotive_m-j nie. Terus saya buka web eBay dan search user ni. Dia ada 17 positif feedback. Takan la dia nak buat hal. Tapi kalau betul, saya akan ajukan hal nie pada forum eBay untuk bertanya pendapat mereka tentang permasalahan yang saya hadapi. Bila saya search username saya di ebay, ada juga username yang hampir dengan username saya. Mungkin dia tersilap hantar msg kat seller lain.

Saya takan isi apa-apa maklumat daripada link dalam email kecuali saya betul-betul yakin URL yang saya klik tu adalah URL yang dah diyakini sahih daripada web asal… dalam hal ni, web eBay.

Tapi saja saya tekan Respond Now. Sekadar suka-suka :D dan… jeng…jeng…jeng…

Dengan menggunakan Firefox 2.0.0.3 yang diupdate secara auto, inilah hasilnya

Firefox dah bagitau yang link daripada button Respond Now yang saya klik adalah link phishing. Jadi lepas ni, kalau dapat link daripada email, jangan isi apa-apa maklumat username dan password pada link daripada email. Kalau nak tau apa-apa, terus ke web asal.

Related Posts with Thumbnails