Pinjaman tanpa penjamin RM5,000 hingga RM15,000
Posted by Mohd AshrafJun 23
Assalamaualaikum
Baru-baru ini, saya dimaklumkan pinjaman Belia Tani dan Belia Niaga RM5,000 sehingga RM15,000 tidak perlukan penjamin.
Khas untuk 2 golongan:
- Kategori 1 ( telah berniaga dan mempunyai sijil )
Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan.
- Kategori 2 ( memulakan perniagaan dan mempunyai sijil )
Baru memulakan perniagaan dan telah mempunyai sijil yang berkaitan.
Jadi, ini langkah yang perlu anda lakukan;
- Pastikan anda tergolong dalam golongan belia, Jika melebihi had umur (18-40 tahun), cari partner yang masih belia dan minta beliau mohon.
- Daftar dengan Jabatan Belia dan ikuti Kursus Belia Tani / Belia Niaga.
- Mohon bantuan belia tani bernilai RM2,000 (bantuan ni tak perlu bayar balik)
- Kemudian isi borang untuk pohon Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB).
* Jika nak terus buat pinjaman tanpa penjamin RM5,000 hingga RM15,000 pon boleh, download dan isi borang di bawah:
Borang Pendaftaran Skim Tabung Ekonomi Belia
Keterangan lanjut berkenaan Skim Tabung Ekonomi Belia yang baru, sila klik di bawah:
http://mohdashraf.com/v1/?p=148











saya hendak membuat pinjaman rm10k untuk memulakan
penternakan ikan kelikeli ditanah saya sendiri seluas 3/4 ekar di kg.sg.machang hilir lenggeng negeri sembilan
Mohd Ashraf: Sila berhubung dengan Jabatan Belia dan Sukan berdekatan anda.
assalamualaikum.
bagaimana sy boleh mndpt pnjaman ini..?
adakah hny dgn mngisi borg atau perlu mngikuti mana2 kursus yg d anjurkan oleh belia tani/belia niaga?
Mohd Ashraf: Anda perlu isi borang yang disediakan dan ikuti 1 kursus Jabatan Belia.
masih ada lagi ke pinjaman ni?mesti kene ada partner ke?sebab saya da daftar online tp takde sebarang panggilan pun…
Mohd Ashraf: Masih ada lagi, cuba berhubung dengan pihak Jabatan Belia dan Sukan berhampiran anda.
Untuk senarai alamat dan no telefon Jabatan Belia, sila lawati
http://mohdashraf.com/v1/pertanian/skim-tabung-ekonomi-belia/
Lihat pada bahagian Alamat Tempat Ujian Saringan Bakal Peminjam Skim Tabung Ekonomi Belia
*Adalah dimaklumkan ujian saringan Skim Tabung Ekonomi Belia ( STEB ) telah dimansuhkan. Pemohon tidak perlu mengisi borang pendaftaran STEB. Belia yang berminat untuk memohon pinjaman boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan daerah serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang terdekat untuk mendapatkan borang pinjaman.
Walaubagaimanapun permohonan adalah tetakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sistem permohonan yang baru ini akan berkuatkuasa pada 15 Mei 2008.
http://mohdashraf.com/v1/pertanian/skim-tabung-ekonomi-belia-steb-2008/
saya kagum dgn usaha anda untuk membantu ramai usahawan yang baru nak belajar…semoga berjaya!!!
Mohd Ashraf: Terima kasih Mr Yen
Saya nk buat pinjaman nak buat kiosh..boleh ke?
Mohd Ashraf: Boleh, di bawah Pinjaman Belia Niaga
sy bercdng nk wt pinjamn 5k untuk memulakn tnamn serai,tnah di sediakn pihk pengurusn syarikt..bley ke wt pinjmn, bpe lme msa yg diambil untuk ciap proses prmohonan..dan nk thu apkh sijil2 yg berkaitn diperlukn..
Mohd Ashraf: Anda perlu ke Jabatan Belia dan Sukan berhampiran. Daftar dengan mereka.
A’kum saudara Mohd Asraf,
Saya mempunyai masalah untuk memulakan projek membesarkan ternakan kambing yang diusahakan bersama-sama ayah saya kerana masalah mendapatkan pinjaman modal dan tapak tanah yang sesuai.
Buat masa sekarang ni, saya bekerja tetap dgn syarikat swasta dan ayah pula pesara guru. Setiap bank meminta cagaran/penjamin bagi pinjaman modal sebanyak RM15000 yang kami perlukan dan kami juga sukar mencari tapak tanah yang sesuai memandangkan kawasan di kediaman saya berbukit tinggi dan tak rata.Diharap saudara dapat membantu.
Mohd Ashraf: W’salam. Sepengetahuan saya, hanya pinjaman Kementerian Belia dan Sukan tidak perlukan cagaran dan penjamin jika kurang RM15,000.
Cuba ke Agro Bank. Minta nasihat pegawai. Cara terakhir, pinjaman peribadi.
kursus 2 wjib kna pgi ke..sbb sy ad pergi kursus kusahawanan sblm ini(ad sijil)…dan ap lgi prosedur yg akan dilalui oleh peserta
Mohd Ashraf: Kalau dah ikut kursus Jabatan Belia, dah boleh terus apply pinjaman tu. Kalau apply dulu pon tak pe, nanti dorang akan suruh ikut kursus
ASALAMMUALAIKUM,SAYA YG TERTERA NAME DI ATAS SAYA INGIN MEMOHON PIJAMAN NI,,SAYA SUDAH MEMULAKAN PENIAGAAN BENGKEL MOTOSIKAL.SERAKANG MODAL TAK BERAPE CUKOP UNTUK MEMPERBESA KAN LG PENIAGAAN SAYA,SEKIAN
Mohd Ashraf: Waalaikummussalam, cuba tuan memohon di MARA dan TEKUN. Saya dimaklumkan TEKUN telah mempunyai dana untuk membiayai perniagaan.