Projek tergendala
Posted by Mohd AshrafAug 20
Assalamualaikum…
Dah 2 hari saya repair pc saya, baru tadi siap.
Hanya tuhan saja yang tau, saya tak boleh kalau tak mengadap internet dalam sehari.
Rasa macam saya dah ketinggalan.
Untuk makluman, loan dah saya terima, peralatan fertigasi 90% saya dah beli.
Tapi, keadaan cuaca pulak tak mengizinkan saya untuk meneruskan projek.
Saya perlu meratakan tanah untuk hampar silvershine, tapi bila hujan, traktor tak boleh pulak nak ratakan tanah. hampir 2 minggu ni, hujan turun setiap hari.
Jadi, kalau beginilah keadaan, saya perlukan panas 3-4 hari untuk tanah tu kering, baru boleh ratakan tanah, dan teruskan projek fertigasi.
Sekarang, saya tengah tunggu kontraktor untuk buat bore hole dan jugak pondok untuk sistem fertigasi (pam, tong nutrien, peralatan kebun dsb). Tapi disebabkan tanah belum diratakan, pondok tak boleh buat lagi, bore hole mungkin boleh buat pada minggu ini.
Eh! bore hole tu, nak ambil air dari dalam tanah, jadi boleh jimatkan kos air. Sebab, melalui maklumat rakan yang buat fertigasi, bil air RM50 sebulan untuk 1000 polibeg. Jadi, saya dah jimat RM600 setiap tahun untuk bil air. Lepas ni, insyaallah saya akan sediakan video macam mana kontraktor cari air dan buat bore hole. Tak sabar pulak nak tengok. Iyela, kalau saja-saja nak tanam paip, ntah ada air atau tidak. Mesti ada kaedah yang kontraktor tu guna.











Leave a Reply