Apa itu Rancangan Perniagaan                                               

  1. Satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan.
  2. Merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

Kegunaan 

 

    Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sediada 

    untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :

  1. Membolehkan usahawan melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
  2. Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
  3. Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdayamaju atau sebaliknya.
  4. Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.
  5. Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebik baik.

Pengumpulan Maklumat Penyediaan 

  1. Rekod dan data dalaman sesebuah perniagaan                             
  2. Statistik
  3. Data ekonomi
  4. Data perdagangan
  5. Penyelidikan pasaran

0in 0in 0pt">
Penyediaan Rancangan Perniagaan

0in 0in 0pt"> 

1.   Jadual kandungan
2.   Ringkasan Eksikutif
3.   Pengenalan
  • Nama Syarikat
  • Jenis Perniagaan yang diceburi
  • barangan/perkhidmatan yang ditawarkan
  • lokasi premis
  • tarikh perniagaan dimulakan
  • latar belakang industri dan tren pasaran
  • Senario masa hadapan
  4.    Tujuan Penyediaan 
    • memohon pembiayaan kewangan dari pihak-pihak tertentu
    • merancang pelaksanaan projek baru
    • untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan
    • atau lain-lain tujuan
 5.        Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
  • Nama perniagaan
  • Alamat, No. Telefon
  • Bentuk perniagaan
  • Kegiatan utama
  • Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan
  • No. Pendaftaran Perniagaan
  • Modal permulaan, modal dibenar
  • Nama dan alamat pemegang saham
  • Nama bank (jika ada)
  • No. Akaun Perniagaan(jika ada)
6.   Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/Pemegang Saham
  • Nama, alamat, no. telefon
  • Kelulusan akademik
  • Pengalaman/kemahiran

 

7.   Rancangan Organisasi/Pengurusan
  • Matlamat dan strategi syarikat
  • Struktur/carta syarikat
  • Senarai kakitangan pengurusan
  • Senarai perjawatan
    – tanggungjawab setiap jawatan
    – imbuhan/gaji bagi setiap jawatan
  • Kos yang terlibat termasuk untuk pembelian peralatan pejabat
8.   Rancangan Pemasaran
  • Analisis Pasaran – untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran dan barangan/ perkhidmatan.
    – mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagi perniagaan yang dijalankan.
    – mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensi pasaran dalam sesuatu kawasan dalam jangkamasa tertentu (eg. setahun).
    – Barangan/Perkhidmatan – ciri-ciri serta kelebihan yang dimilikinya serta faedah-faedahnya.
    – Mengenalpasti pelanggan/pengguna barangan atau perkhidmatan tersebut.
    – Persaingan bagi barangan/perkhidmatan tersebut.
  • Ramalan Jualan
    – syer pasaran bagi barangan/perkhidmatan.
  • Strategi Pemasaran
    – Strategi pemasaran secara keseluruhan
    • bagaimana syarikat akan menghadapi persaingan
    • kelebihan perniagaan jika dibandingkan dengan pesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya.

1in">- Strategi barangan

      • faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan.

1in">- Strategi harga

      • penentuan harga
      • tawaran harga dan sebagainya.

1in">- Strategi Pengedaran

      • cara pengedaran dibuat
      • kos-kos yang terlibat
      • rancangan jangka pendek dan jangka panjang jualan tersebut

1in">- Strategi promosi

      • - teknik-teknik promosi yang akan dijalankan

1in">- Belanjawan pemasaran

9.   Rancangan Pengeluaran/Operasi
  • Barangan/perkhidmatan yang dikeluarkan termasuk kuantitinya.
  • Proses pengeluaran (jika bidang pembuatan)
  • Keupayaan pengeluaran
  • Rancangan pengeluaran
    – jumlah pengeluaran
    – keupayaan maksimum
    – penyimpanan stok
  • Senarai bahan mentah (jika ada)
  • Senarai buruh/pekerja terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan
  • Pengendalian mesin/peralatan
10.    Rancangan Kewangan

0.5in">Bahagian ini bertujuan untuk mempastikan sejauh mana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ia boleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan.

0.5in">Bahagian ini merangkumi :

    • Kos pelaksanaan projek
    • Sumber pembiayaan
      – modal sendiri
      – pinjaman bank
      – sewa beli
      – lain-lain
    • Proforma aliran tunai – bulanan dan tahunan (3  tahun)
    • Proforma Penyata Pendapatan – tahunan (3 tahun)
    • Analisis Titik Pulang Modal

 

11.   Jadual Pelaksanaan Projek

0.5in">Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaan sesuatu projek.

12.    Rumusan/Justifikasi

0.5in">Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang dayamaju projek/perniagaan tersebut.

0in 0in 0pt"> 

 

Related Posts with Thumbnails