Assalamualaikum
Minggu lepas, saya dapat bantuan Jab Belia RM2000. Alhamdulillah :D
Tapi projek 1000 polibeg fertigasi tak boleh jalan lagi. Tapak belum boleh rata sebab hujan. Kena tunggu kot-kot tak hujan 3 hari baru boleh ratakan tanah sebab tanah tak lembut sangat, tak keras sangat. Kalau saya tergesa buat, nanti tapak kurang elok, boleh bagi masalah pada masa depan. Bagus saya bersabar dulu untuk kesenangan masa depan.

Bercakap tentang bantuan, seeloknya jangan berharap 100% pada bantuan kerajaan. Anggap saja bantuan yang dapat sebagai bonus. Sebab, bukan senang nak dapat bantuan… birokrasi la, masa yang lama untuk dapat bantuan la, semua ni boleh lemahkan semangat untuk buat projek. Seeloknya, usahakan sendiri dulu. Buat dengan apa yang kita ada. Kalau ada RM500, still boleh buat projek. Buat dulu dengan RM500, kemudian ambil gambar dan jumpa dengan agensi-gensi yang terlibat. Ada banyak agensi yang boleh beri bantuan. Tapi jangan harapkan satu agensi saja. Sebab setiap pegawai ada pe’el dia sendiri. Kalau tak dapat kat agensi yang pertama, pergi ke agensi yang kedua.

Jangan pula minta bantuan atau pinjaman daripada 1 agensi saja. Contohnya apply lah 20% daripada modal dengan agensi A, 20% lagi apply kat agensi B, 50% apply kat agensi C. Sebab buat macam tu, bila ada masalah birokrasi kat agensi A, kita masih boleh mengharapkan bantuan daripada agensi C dengan D, iaitu 70% daripada modal. Rasanya masih boleh menjalankan projek dengan 70% daripada modal asalkan? Bila dah buat projek walaupon kecik, mudah untuk dapat bantuan. Masalah birokrasi yang menyulitkan keadaan.

Kalau hanya mengharapkan 1 agensi 100%, andai kata langsung tak dapat daripada agensi tersebut, mesti kecewa yang amat sangat. Nasihat saya, jangan pula apply 100% modal daripada agensi A, 100% modal daripada agensi B dengan harapan kalau tak dapat daripada agensi A, anda boleh dapat daripada agensi B. Tapi… kalau anda dapat bantuan atau pinjaman daripada kedua-dua agensi, macam mana anda nak bayar balik pinjaman. Kalau anda tolak mana-mana 1 bantuan atau pinjaman, takut nanti nama anda akan di black list daripada agensi terbabit. Bagus anda apply 20% atau sebagainya macam ulasan saya kat atas.

Cara saya ni, untuk mereka yang baru nak start buat projek perniagaan atau pertanian. Kalau yang dah mula dan berjaya, anda tak perlu risau, sebab agensi yang bertanggungjawab akan cari anda.

Ada 1 ungkapan yang pernah saya baca, tapi tak ingat kat mana. Ungkapan tu lebih kurang macam ni…

Peniaga yang baik, menggunakan wangnya sendiri untuk menjalankan perniagaan dan mendapat untung daripadanya, TETAPI, peniaga yang bijak, menggunakan wang orang lain untuk menjalankan perniagaan dan mendapat untung daripadanya.

Satu daripada pokok cili saya, ditongkat daripada kecil, sekarang pokok ini lebih tinggi daripada pokok lain, tapi batangnya kurus dan daunnya mudah layu ke bawah sebab lembut. Tak macam pokok lain yang tidak ditongkat, tegap berdiri, batang besar dan daun tak lembut. Tiada masalah walaupon angin kencang bertiup.

Related Posts with Thumbnails