Tips beli laptop online
Assalamualaikum
Saya baru saja beli laptop online, dari website Dell. 12″, dijamin ori ![]()
Untuk kegunaan sarjana (dah nak habis study baru nak beli
) dan untuk kegunaan wife g kursus, tadak la besar gedabak dia nak bawa laptop office.
Dulu niat di hati nak beli ASUS EEE PC, sebab saiz 7″ je, senang nak bawa ke mana-mana untuk buat kerja, tapi banyak pula kena bawa barang external, ye la, dah kecik, mana muat nak letak harddisk besar dengan DVD Rom kat dalam laptop tu. Untuk sapa-sapa yang belum pernah tengok ASUS EEE PC, ni la gambarnya.

Cantik, menarik, tertarik, kau memang da doom

Jadi, lepas dibuat penghitungan, saya beli la Dell Vostro 1200 – Mainstream RM2,549 (FREE extended warranty, FREE upgrade 1GB to 2 GB, RM450 Instant Cash Redemption dan FREE shipping). Ciri-ciri yang saya cari… murah, kecil dan ada wireless.
Lepas dah bayar, saja je saya suka-suka tengok balik web Dell, baru sedar, ada Dell Vostro 1200 – Basic RM1,999. Saya ingat hanya ada pakej RM2,549 tu je sebab Dell buat trick sket kat website dia. Saya tak jumpa pakej lagi murah bila buka page yang RM2,549. Iye la, dah nama pon bisnes, mesti ada trick yang boleh menarik pelanggan. Untuk makluman, kat laman web Dell, kita boleh ubah suai pakej yang dorang dah tetapkan. Dan promosi untuk Dell Vostro 1200 – Basic (FREE extended warranty, FREE upgrade 1GB to 2 GB, RM550 Instant Cash Redemption dan FREE shipping).
Saya cuba ubah suai spec Dell Vostro 1200 – Basic menjadi spec Mainstream. Saja suka-suka, mana la tau, kot-kot pakej Mainstream lagi murah daripada ubah suai pakej Basic. Saja untuk kepuasan dapat beli barang murah. Tapi, bila saya jadikan spec Basic ke Mainstream, harganya menjadi RM2,449. Aik, murah RM100. Mungkin saya terlepas pandang spec Mainstream. Saya cuba sekali lagi dan harganya tetap sama RM2,449.
Cuba tengok balik promosi Basic dan Mainstream, nampak sama tapi tak serupa. Pakej Basic RM550 Instant Cash Redemption, manakala Mainstream RM450 Instant Cash Redemption. Saya jimat RM100 kalau saya upgrade spec Basic jadi Mainstream. Tapi apa boleh buat, saya jadikan pengalaman saya untuk orang lain pula, semoga anda pon dapat beli dengan harga murah.
*Disebabkan website Dell tak boleh compare spec, saya buka spec Basic guna Firefox dan spec Mainstream guna IE.
Jadi… renung-renungkan
Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai menceburi bidang perniagaan, pertanian, penternakan dan perikanan. Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali Mohd Ashraf dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mohd Ashraf di atas tidak dibuang.
================================================
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
Comments
Leave a Reply










