WiFi di kebun
Posted by Mohd AshrafMar 8
Assalamualaikum
Akhirnya, dengan adanya laptop, saya boleh akses internet di kebun. Jarak antara rumah saya dengan kebun lebih kurang 250 meter, tapi ada halangan rumah jiran dengan beberapa pokok besar. Memandangkan router saya letak di tingkat atas dalam bilik yang menghadap ke kebun, saya harap kedudukan router saya akan membolehkan saya akses internet di kebun.
Peralatan yang saya gunakan untuk buat WiFi adalah:

1. Line streamyx

2. Modem Streamyx

3. Wireless Router

4. Laptop
Saya bercadang nak share internet dengan 2 buah rumah jiran. Semuanya berhampiran kebun. Lagipon, yang ada kat rumah jiran saya, anak mereka yang masih bersekolah. Boleh juga mereka cari maklumat kat internet untuk buat kerja sekolah. Bagi saya, internet ni penting untuk pembelajaran dan pengetahuan. Tapi saya kena buat filter lah. Nanti budak-budak ni masuk web yang boleh merosakkan iman pulak. Maklum la, mereka dah masuk dalam dunia tanpa sempadan ni, semua boleh dapat.











Leave a Reply